"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengundi Hantu : Pihak Tertentu Main Pintu Belakang?


Sumber-sumber maklumat dalaman  memberitahu bahawa terdapat rakyat negara asing akan mengundi untuk memenangkan parti tertentu pada 6 Mac ini. Menurut maklumat tersebut mereka ini akan diberikan dokumen sementara oleh pihak tertentu untuk membolehkan mereka mengundi.

Taktik ini menurut maklumat tersebut telah lama digunakan oleh pihak tertentu untuk menang pada kebanyakan pilihanraya. Bertindak atas maklumat tersebut petugas PAS telah bertindak cepat dan berjaya menjejaki beberapa individu yang telah dikenalpasti akan melakukan kerja terkutuk itu.

Pasukan petugas PAS sudah bersiap sedia untuk menangkap pesalah-pesalah pilihanraya ini dan dalang kepada kes ini sebagaimana yang pernah dilakukan oleh petugas PAS Melaka sewaktu pilihanraya kecil DUN Anak Bukit, Kedah beberapa tahun lalu.

"Kita sudah berpengalaman menangani isu ini dan sekarang kita sudah bersedia dan mempunyai maklumat tentang perkara ini".

"Petugas kita termasuk  bahagian risikan dan 'Polling Agent' sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan" kata petugas PAS yang tidak mahu dikenali.

Menurut beliau jika pihak tertentu meneruskan kerja jahat ini mereka akan berhadapan dengan kesulitan kerana kita mempunyai bukti yang cukup.

"Kita sudah bersedia dengan pasukan terlatih, mantap dan dengan segala alat canggih untuk mengekang kejahatan ini" tegas beliau.

Tiada ulasan: