"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ANALISIS: Apa Muslihat Tengku Razaleigh Tubuhkan AMANAH??

JalanPulang

Tanpa publisiti di akhbar lidah buaya Umno-APCO, tanpa gegak gempita, tiba-tiba nama tengku berdarah kerabat diraja Kelantan ini muncul dari entah mana. Ceritanya, mengenai penubuhan satu lagi pertubuhan bukan KERAjaan (NGO) seperti PERK@sa dan Hindraf, Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH.
Jumaat lalu, bertempat di Memorial Tuanku Abdul Rahman, terlaksana sudah pelancarannya yang disempurnakan sendiri Tengku Razaleigh, atau lebih mesra dipanggil Ku Li.


Dengan percaya, berteraskan sesiapa yang masih mengagumi perjuangan Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Ku Li nampaknya sedang membentuk apa yang dipanggil sebagai "Kuasa Ketiga" (Third Force) dalam sistem politik negara ini.


Lebih mengejutkan lagi, pada pelancaran tersebut, kesemua "penentang" Mahathir dan Najib Altantuya juga turut sama diundang. 

Antaranya bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat, bekas timbalan ketua menteri Sarawak, Daniel Tajem, bekas pemimpin PKR, Zaid Ibrahim dan beberapa bekas menteri yang pernah berkihdmat di bawah kedua-dua bekas perdana menteri itu.

Antara inti pati ucapan Ku Li pada perasmian AMANAH adalah:


1) Kerana sayangkan bangsa, agama dan negara ini, saya terpanggil untuk bersuara demi masa depan yang lebih baik, jauh lebih baik dari keadaan sekarang.

2) Untuk menjadi pengkritik utama KERAjaan Umno-APCO yang semakin lama, semakin jauh dari permasalahan ekonomi rakyat dengan mengambil kira manipulasi politik yang berlebihan akan menghancurkan ekonomi negara satu hari nanti.

3) Menjadi tanggungjawab AMANAH untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dengan berpaksikan kesama rataan dari segi ekonomi, sosial dan budaya di samping membantu masyarakat yang semakin terasing akibat permainan politik perkauman sempit yang diaplikasikan parti-parti politik di negara ini.

4) Sudah sampai masanya AMANAH terpanggil dengan loceng kecemasan mengenai kebimbangan berlakunya ketidak stabilan dari segi pengagihan ekonomi Bumiputera dan bukan Bumiputera di sebalik perlantikan Idris Jala yang sebenarnya menjadikan keadaan bertambah buruk.

Apa yang diulas Ku Li sebenarnya menggambarkan betapa parahnya situasi ekonomi di negara ini yang satu ketika dulu berbangga dengan pencapaian pertumbuhan ekonomi 8-9 peratus pada 1990'an dan digelar Harimau Asia.

Dengan memberi analogi mudah, kegusaran Ku Li nampaknya ditujukan tepat kepada mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri sekarang, Najib Altantuya, yang secara rakus merompak harta kekayaan negara tanpa memikirkan kesan yang akan diterima majoriti rakyat di negara ini.


Ku Li juga mengaitkan perhimpunan Bersih 2.0 dua minggu lalu dalam ucapannya.

Tambah Ku Li lagi:





Bapa pengasas kami memberi kami jenis demokrasi ala-Westminster dan kami menerima ia seadanya. 

Kami menerima dengan sepenuh hati yang cara membentuk sebuah kerajaan ialah menerusi jalan damai dan itu ialah melalui adil dan pilihan raya umum bersih. 

Ia perlu juga bermakna yang pejuang rakyat dan peserta adalah diberi kemudahan sama rata dan adil dalam perjalanan membentuk sebuah kerajaan.

Kami menerima juga sebuah negara raja berperlembagaan di mana raja-raja Melayu menerima sepenuhnya yang negara ini menjadi kepunyaan orang ramai.

Dengan menyedari bahawa, di mana, raja-raja juga ditadbir oleh kedaulatan undang-undang dan tidak mempunyai kuasa-kuasa yang ditentukan secara budi bicara tidak dipaksa dan mutlak. 

Apa yang telah berlaku kemudian? 

Titik menjengkelkan bermula apabila masuk akhir 80-an apabila seorang pemimpin merampas warisan demokratik dan negara terpukau dengan kilauan intan yang sebenarnya hanyalah kaca tak berharga. 

Semenjak itu, negara ini telah mengembara kepada satu-satunya keadaan yang dinamakan sebagai pemecahbelahan kuasa. 

Kami menyedari harga yang terlalu tinggi perlu dibayar disebabkan oleh hakisan asas-asas demokratik yang kami tekankan dalam agenda kami. 

Nampaknya, Ku Li sudah menganggap bahawa legasi pemerintahan Mahathir sudah berkuku dalam pentadbiran Najib Altantuya, hinggakan Ku Li menempelak Najib Altantuya dengan mengatakan bahawa, elit ekonomi hanya menggunakan Power Point sebagai modal untuk mengaut kekayaan segera.

Malahan Ku Li menganggap segala bentuk agenda transformasi ekonomi yang dicanang Najib Altantuya tidak lebih hanyalah untuk mempercepatkan negara terjerumus ke dalam kancah muflis seperti yang berlaku di Greece dan Portugal kini.

Apa alasan Ku Li mewujudkan AMANAH sekalipun, Pakatan Rakyat menganggap bahawa penubuhannya sudah agak terlambat walaupun dialu-alukan sebagai suara kritikal terhadap KERAjaan, memandangkan Ku Li sendiri masih ahli parlimen Gua Musang.

Bagaimanapun, penganalisis politik berpendapat, tindakan Ku Li hanya akan menambahkan api yang sedang marak di dalam kem Umno-APCO sendiri.

Ada yang berpendapat, walaupun niat dan idea-idea dalam AMANAH sesuatu yang agak klise, ia tidak dapat lari dari imej Ku Li sebagai musuh Mahathir dalam dan luar Umno-APCO sendiri.

Lantaran Najib Altantuya juga nampaknya tidak banyak beza dengan Mahathir dari segi perlaksanaan projek mega, Ku Li seakan tidak mahu Najib Altantuya terus jauh memegang tampuk Putrajaya.


Ada spekulasi bertiup kencang dari PWTC mengatakan, tindakan Ku Li direstui timbalan Najib Altantuya sendiri, Muhyiddin Yassin yang sedang mengatur gerak mempersiapkan diri bertarung dalam pemilihan Umno-APCO akan datang.

Tidak syak lagi, apa saja tujuan penubuhan sesuatu NGO yang didalangi parti politik terutamanya KERAjaan, politik cabar mencabar dan saling jatuh menjatuh lawan sudah tidak lagi diendahkan ahli Umno-APCO sendiri.





Ku Li juga berperanan sebagai "kumpulan pendesak" lebih kritis berbanding PERK@SA yang hanya menjadi pengampu Najib Altantuya memperjuangkan orang Melayu dan bangsa semata-mata.


Lebih mengejutkan, dengan kehadiran seorang lagi bekas ahli Majlis tertinggi Umno-APCO yang juga bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kadir Sheikh Fadzir, tekanan pasti memuncak buat Najib Altantuya yang nampaknya semakin hari semakin vokal dan semakin ramai yang mahukannya melepaskan jawatannya.

Walaupun masih awal untuk meramalkan masa depan AMANAH tajaan Ku Li, sebenarnya kini muncul lagi "pengacau" dalam kem Umno-APCO sendiri yang tidak lain tidak bukan hanyalah untuk melihat Najib Altantuya segara ditumbangkan, dengan apa cara sekalipun!

JALAN PULANG

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini (Jumaat) melancarkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), sebuah badan bukan kerajaan bagi membawa suara rakyat menuntut kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah rasuah, kronisme dan perpaduan antara kaum di Malaysia. 

Beliau berkata, permohonan pendaftaran Amanah sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS). "Amanah bukan sebuah parti pertubuhan politik tetapi mempunyai visi untuk membawa keadilan, kesaksamaan, kemajuan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berdasarkan kepada semangat perlembagaan Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini hari ini. 

Turut hadir, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim.

Tengku Razaleigh, selaku Presiden Amanah berkata, barisan anggota utama jawatankuasa sementara Amanah terdiri daripada nama yang terkenal daripada beberapa parti politik dan pertubuhan sosial di Malaysia.

Enam Timbalan Presiden Amanah terdiri daripada Abdul Kadir serta bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Bujang Ulis dan Datuk Seri Daniel Tajem.

Tujuh Naib Presiden Amanah pula ialah Datuk Mohd Azmi Razak, Tan Sri Simon Sipaun, Ragunath Kesavan, Mohd Lukhman Ghani, Ong Hock Siew, Dr Patau Rubis dan Wan Saiful Wan Jan. 

Beliau berkata, Amanah akan merealisasikan misinya untuk menangani rasuah, krosnisme, perkauman, sikap pelampau individu sehingga menimbulkan huru-hara dan pembaziran melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Bayaran sebanyak RM10 dikenakan untuk keahlian biasa untuk tempoh setahun dan RM100 untuk keahlian sepanjang hayat. 

Keahlian terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas selain kepada pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Tiada ulasan: