"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menang bola dapat banglo, johan Qari dapat apa?

rozmal
Sesungguhnya ganjaran yang paling berharga ialah mendapat keredhaan Allah dan diberi ganjaran syurga. Cumanya sebagai perbandingan di dunia ini, kalau menang pertandingan bolasepak peringkat Asia Tenggara, kerajaan negeri Kelantan beri Banglo RM100,000, Johan Qari peringkat antarabangsa, kerajaan Negeri Sembilan nak beri apa?

Rasanya inilah kali pertama Qari dari Negeri Sembilan menjadi Johan Tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. 


QARI, QARIAH MALAYSIA MUNCUL JOHAN 
KUALA LUMPUR 23 Julai 2011 - Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini. Kemenangan itu membolehkan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM32,200 bersama trofi dan sijil.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0724&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive  


AMIRAHMAN, SURAYA JOHAN 
KUCHING 17 Jun – Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak malam ini. 

Mereka masing- masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, sijil dan pakej haji, serta mewakili Malaysia pada tilawah al-Quran peringkat antarabangsa.

 
KHAIRUL FAHMI DUDUKI BANGLO HADIAH KERAJAAN PADA JUN INI
 
KOTA BHARU 9 Feb. – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu Malaysia menjuarai kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2010 bakal menduduki rumah banglo setingkat bernilai lebih RM100,000 pada Jun ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia Sukan dan NGO Kelantan, Abdul Fattah Mahmood berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini meluluskan peruntukan dan pelan untuk pembinaan rumah berkenaan dan ia dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

Tiada ulasan: