Saiful Bahri
Era 80-90an, Semasa penulis belajar di Egypt dahulu, kebanyakan mek-mek arab ni muka cun melecun. Hidung mancung, alis lentik dengan pipi yang gebu-gebu. Body sedap mata memandang. Biasanya sebelum kahwin. Solid molid. Tetapi lepas kahwin… fuyooo!!! Alhamdulillah. Macam tong drum.
Lelaki arab pun lebih meminati awek yang gemuk-gemuk. Apabila ditanya kepada sang lelaki, kenapa mereka minat kepada yang gemuk-gemuk ni, antara jawapannya adalah… sedap peluk. Sesuai dijadikan ibu untuk anak-anak mereka.
Lelaki arab pun lebih meminati awek yang gemuk-gemuk. Apabila ditanya kepada sang lelaki, kenapa mereka minat kepada yang gemuk-gemuk ni, antara jawapannya adalah… sedap peluk. Sesuai dijadikan ibu untuk anak-anak mereka.
Gemuk tanda sihat dan lambang kekayaan. Bahkan kalau lepas kahwin makin gemuk dianggap suami memberi cukup makan. Ianya menjadi kebanggaan.
Tapi kini, kalau diperhatikan di Negara Arab, telah menular budaya barat. Mereka sudah berpakaian ala barat. Mereka memilih untuk berseluar jeans yang ketat dan seksi. Ini mendorong mereka untuk memiliki pinggang yang ramping sebab takde saiz seluar buat mereka. Jadi macam buah labu. Nampaknya ada perubahan baru dari segi citarasa berpakaian, perubahan pemikiran dan gaya tubuh-badan.
Bagaimana dengan kajian ini?
TENNESSEE: Kajian dapati lelaki puas hati jika pasangan jaga badan. Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan.
Hasil kajian terbabit disiarkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science bagi bulan ini.
“Wanita dalam masyarakat sekarang menghadapi banyak tekanan untuk memiliki badan kecil, sesuatu yang jarang dimiliki,” kata Andrea Meltzer, seorang calon profesor di Universiti Tennessee yang juga ketua penyelidikan itu.
“Mesej utama kajian kami adalah wanita sebarang saiz gembira dengan hubungan mereka dengan pasangan yang secocok. Ia berat relatif bukannya mutlak. Ini bukan bermakna mereka perlu menjadi lebih kecil.”
“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.
“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.
Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan. Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenai.
Adakah benar rasa tidak puas hati menjadikan seseorang perempuan itu gemuk? Kalau dilihat dengan Rosmah, apa lagi yang beliau tidak puas-hati? Semua sudah dimiliki… Pangkat, kuasa, harta, wajah yang comel, permata, cincin, gelang…. Hah!!! Nak apa lagi. Semua dah dimiliki.
Apakah lelaki tidak puas-hati bila pasangannya menjadi gemuk? Adakah PM lebih meminati yang ramping dan kurus murus. Yang itu kita tak tahu. Kena Tanya PM kitalah tentang citarasa ini. Apapun isu Altantunya nampaknya kemabali timbul. Macam kapal selam Scorphene ni… sekejap tenggelam.. sekejap timbul. Bergilir-gilir dengan isu Anwar Ibrahim. Sekejap ada, sekejap takde. Sekejap naik, sekejap turun.
Agak-agaknya selepas PRU 13… Siapa yang naik, siapa yang turun?
http://ustsaifulbahri.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan