"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

CRNI: Kartun 'haram' Zunar standard a'bangsa

NONE
Walaupun mahkamah mengekalkan pengharamannya, Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) tetap beranggapan bahawa karya kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar menepati standard antarabangsa.

Sehubungan itu, pengarahnya Dr Robert Russell berkata, CRNI menyuarakan kebimbangan tehadapkeputusan itu yang dianggap memberi lesen kepada kerajaan "bertindak lebih keras" terhadap Zunar (kiri) dan kartunis editorial lain.

"Dalam jangka masa panjang, kekangan terhadap kebebasan bersuara adalah lebih mengancam ketenteraman awam berbanding karya seorang kartunis yang mendidik publik," kata Russell.

Beliau juga mendakwa, dengan penghakiman itu, mahkamah turut meminggirkan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persektuan.

"CRNI menggesa Malaysia dan mahkamah Malaysia menghormati kebebasan bersuara kepada semua rakyat Malaysia dan mengkaji semula keputusan mahkamah pada 14 Julai lepas," katanya lagi.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: