"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gelombang kuning 'kejar' Najib di UK

Harakahdaily
NONEKUALA LUMPUR, 15 Julai: Biarpun dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning.
Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

NONEDalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.
Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.

Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.

Semalam, Ratu Elizabeth memakai baju kurung berwarna kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di Istana Buckingham, London.

Amnesty International sebelum ini mendesak Kerajaan UK agar memberi signal protes terhadap layanan zalim Kerajaan Malaysia kepada peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

1 ulasan:

Mialta berkata...

Mr Admin.. apsal mat salleh yg angkt sepanduk 2 kebanyakannya kulit sawo matang?? org Malaysia ke 2?? mesti pelajar kite kan?? pas2 korg canang2 ckp 2 org britain plak?? dah2la ckp mcm2.. klu bukti tak cukup.. kalau korg rase nk gadai negare kt org luar, trusknlh usaha korg.. ingt cket, dulu kte hilang singapore pon sbb org kite tertipu ngan pemimpin laknat diorg pki songkok dpn org melayu.. aku tak nak negara kite, bangsa kite, agama kite senasib dengan saudare kite kt singapore.. ingat sket!!