"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Skandal mata wang: The Age dakwa firma Australia sogok Pak Lah


KUALA LUMPUR: Firma pengeluar mata wang, Reserve Bank Australia disyaki cuba menyogok bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi memenangi kontrak mencetak mata wang polimer berjumlah sekitar RM100 juta (AS$31 juta).
Securency dan Note Printing Australia didakwa memberi sogokan itu sebagai sebahagian daripada komisyen bernilai RM13 juta yang dibayar kepada orang tengah kira-kira enam tahun lalu, lapor The Malaysian Insider.
Berdasarkan laporan akhbar The Age, sumber-sumber mengesahkan Polis Persekutuan Australia sedang mendapatkan maklumat tentang perkara itu.
Difahamkan cubaan untuk menyogok Abdullah mempunyai kaitan dengan rundingan kontrak sekitar 2003, tahun beliau menjadi perdana menteri dan menteri kewangan.
Menurut The Age, Abdullah dipercayai terlibat apabila meluluskan kontrak kepada firma  berkenaan untuk mencetak mata wang polimer bernilai RM5 pada 2004.
Pada Jumaat bekas penolong gabenor Bank Negara, Datuk Mohamad Daud Dol Moin didakwa kerana menerima dua suapan daripada Note Printing Australia, melibatkan kontrak mata wang polimer antara 2003 dan 2007.
Turut didakwa ejen Securency dan Note Printing Australia pada 2004, bekas ahli Parlimen dan pemimpin utama Umno Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin dan ahli perniagaan Abdul Kayum Syed Ahmad.
Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada Abdul Kayum dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.
Akhbar The Age sebelum ini I turut mengheret nama sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Haris onn Hussien.
Securency mengupah Liberal Technology dimiliki Haris, pemegang saham terbesar dalam firma itu sebagai agen bagi memenangi kontrak mencetak mata wang berkenaan.
Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia pada 2009.

Tiada ulasan: