"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Exco Perak Disiasat SPRM: Hamidah Mesti Direhatkan

DPP Negeri Perak
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menggesa Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir merehatkan Datuk Hamidah Osman daripada jawatannya berikutan terdapat aduan terhadapnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memudahkan siasatan dan Datuk Hamidah tidak perlu melenting jika beliau tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Kami meminta agar Datuk Seri Zambry dapat bertindak jika ingin memastikan pentadbirannya benar-benar bersih dan langkah merehatkan Datuk Hamidah adalah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Datuk Seri Zambry. Jika Datuk Seri Zambry terlalu banyak memberikan alasannya, memang benarlah bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Perak yang sebelum ini turut didedahkan benar-benar berlaku elemen rasuah.

Adakah pihak SPRM yang telah menyiasat Pejabat Datuk Hamidah sebelum ini? Adakah juga komputer riba Pegawai Datuk Hamidah yang telah diambil bagi tujuan siasatan oleh SPRM? Adakah juga Pegawai Datuk Hamidah yang telah disiasat oleh SPRM hampir lima jam? Adakah EXCO Perak yang telah didedahkan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini melibatkan Datuk Hamidah?

Dan akhirnya, adakah dua syarikat yang Datuk Seri Nizar maksudkan tersebut mempunyai kaitan dengan Datuk Hamidah? Mungkin ada kaitan juga laporan SPRM yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak tempohari yang banyak persoalan yang masih tidak terjawab oleh Datuk Seri Zambry yang hanya mengatakan ‘saya tidak tahu’. Dan benarlah bahawa Barisan Nasional (BN) masih mengekalkan rekod rasuah mereka selama ini.

SALMAN HAJI SALEH 
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

http://pemudapasperak.com/v1/ 

Tiada ulasan: