"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lebih 500 Beri Penghormatan Terakhir Kepada Jenazah Baharuddin

HULU KELANG, 10 JULAI: Surau al-Muqarrabin di sini dipenuhi lebih 500 jemaah untuk menunaikan solat jenazah salah seorang peserta himpunan aman Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia akibat sesak nafas semalam. 

Jemaah turut bersolat di luar bangunan surau ekoran ruang solat dipenuhi hadirin yang datang dari serata tempat.

Mereka yang hadir terdiri dari pelbagai kaum memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah yang disifatkan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai wira Bersih.  

Turut kelihatan, ahli jawatankuasa Bersih 2.0 dan juga pimpinan Pakatan Rakyat.  

Allahyarham 59 tahun, merupakan suami kepada Ketua Cabang Wanita PKR Setiawangsa, Rusni Melan yang turut sama menyertai himpunan aman itu. 

Tiada ulasan: