kadeygucci
Salam Ramadhan penuh keberkatan.... Assalamualaikum.
Penulis terdetik untuk menceritakan kisah benar yg berlaku terhadap saudara lelaki penulis sendiri. Kami sekeluarga/saudara mara telah melupakan peristiwa hitam ini(sebenarnya buat-buat lupa) kerana ianya terlalu ekslusif dan cukup sensitiv bila dihidang di khalayak.
Mungkin ketika inipun, ada dikalangan sahabat2 sendiri tidak mempercayai dengan kisah hitam ini. Pada mulanya kami sekeluarga pun tidak terfikir perkara sebesar ini akan berlaku kepada keluarga. Namun, kuasa dan ujian Allah tetap akan menimpa setiap hambaNya yang sabar.
Terdetik kerana peristiwa 'serbuan' ke atas Gereja Methodist Daman Utama tempoh hari. . . . .
Sedikit ulasan penulis ialah peristiwa yang berlaku di DU itu bukanlah kali pertama, bahkan cerita seumpamanya telah banyak kali berlaku seluruh tanahair. Cumanya, maklumat terbaru ini yang membawa kepada 'serbuan' gereja itu lebih kepada 'khabar-khabar angin' yang cuba mengambil kesempatan terhadap toleransi beragama di Malaysia telah menampakkan kejernihannya. . mungkin ya mungkin tidak!
Kisah sebuah gereja di Brickfield dan Bercham yang cukup perihatin tentang kebajikan kepada rakyat Malaysia memang tidak boleh dinafikan melalui bantuan kewangan, pakaian dan makanan kepada seluruh bangsa dan agama di kawasan sekitar yang hidupnya dalam kedaifan(gelandangan).
Biar pemegang2 amanah zakat dan baitulmal jawab kerana seringkali mendabik dada dengan kutipan umat islam kepada tabung mereka berlebih. Ada sesetengah jabatan agama di bawah mereka acap kali mengadakan 'trip' ke luar negara silih berganti. konon duit berlebih dan orang islam hampir semua telah berjaya dibantu.
Oleh kerana ianya telah berlaku, apakah tindakan yang kita ambil terhadap 12 orang muslim yang 'didakwa' berada dalam majlis itu?selamtkan mereka walupun kisah murtad mereka sengaja diada-adakan dan tidak mustahil suatu hari mungkin terjebak juga kerana teruja serta tertarik dengan layanan pihak gereja atau kita lebih selamatkan diri sendiri dengan berpendirian 'wait and see' ajer?....
bersambung lagi....
-tko-
1 ulasan:
Majlis Bandaraya Petaling Jaya wajar benarkan Gereja Damansara beroperasi. Baca selanjutnya di suarapakatanrakyat.com
Catat Ulasan