"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Serbuan JAIS - PAS Bertindak Bijak Dan Islamik


WFAUZDIN NS
KONTROVERSI berkaitan isu serbuan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama kini dapat ditangani oleh PAS dan Kerajaan Negeri Selangor secara bijak dan Islamik. Isu ini yang menjadi harapan Umno untuk menunjukkan kononnya PAS mengikut telunjuk rakan-rakan mereka di dalam PR tidak akan menjadi kenyataan kerana PAS tetap berpegang kepada prinsip dan dasar Islamnya.
http://sekijang.com/mediabaru/wp-content/uploads/2011/07/tghadi.jpg

Apakah prinsip Islam di dalam hal sedemikian? Prinsipnya ialah mesti berlaku adil kepada semua samada kepada JAIS, Gereja bahkan kepada Dr Hassan Ali sendiri. Maka, pendirian PAS yang tidak melatah atau merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh akhbar lidah syaitan Utusan Meloya merupakan satu kemenangan kepada PAS dan PR.

Malaysiakini melaporkan, PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan kontroversi di majlis makan malam untuk mengutip dana, minggu ini. Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menemui kedua-dua pihak yang terbabit dalam insiden tersebut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Mungkin sedikit teguran boleh dibuat kepada Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali kerana dikatakan menggunakan media haprak tersebut untuk menerangkan isu berkenaan di mana ayat yang menyebut beliau sedia dilucutkan dari jawatannya demi mempertahankan akidah umat Islam dilihat seolah-olah PAS tidak memperjuangkan akidah umat Islam. Mungkin tidak benar Dr Hassan berkata sedemikian kerana akhbar ini kita kenal benar dengan sikapnya. Namun, akhbar ini diberi ruang oleh Dr Hassan Ali sendiri.

Kita akan lihat nanti sejauh mana Umno ingin menggunakan isu ini untuk menunjukkan betapa Umno teramat sayang kepada akidah umat Islam. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: