Sharpshooter
Kira-kira 7,800 kakitangan awam daripada badan berkanun, majlis tempatan dan jabatan kerajaan di Pulau Pinang, akan menerima bonus tersebut.
Lim berkata guru Kafa (al-Quran dan Fardhu Ain) pula akan dibayar minimum RM300 duit raya.
Menurutnya, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan setengah bulan bonus bagi mereka yang berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan. (Mereka yang bergaji lebih, akan mendapatkan bonus yang lebih tinggi.)
Kerajaan negeri itu akan membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk bayaran bonus, kata Lim, yang juga setiausaha agung DAP.
Ini berikutan pengumuman kerajaan persekutuan dua hari lalu bahawa kakitangan awam akan mendapat minimum RM500 'duit raya'.
"Kita bagi tambahan RM100," kata Lim dalam sidang akhbar hari ini.
"Ini sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada kakitangan awam dam guru Kafa," katanya.
Sharpshooter - Sudah-sudahlah Guan Eng..jangan suka bagi najib rosmah marah...kenapa "up" RM100 tu buat apa? Ini boleh mendatangkan marah tau? memanda menteri najib rosmah marah tak? kalau memanda menteri marah..nanti seluruh harta memanda menteri akan dirampas dan akan dilelong...hahaha..
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan