"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wujudkan daftar pemilih automatik, kata timbalan menteri Umno

KAJANG: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyarankan agar satu kerangka diwujudkan untuk membolehkan pendaftaran pemilih secara automatik bagi belia yang berusia 21 tahun ke atas.
Beliau juga menyokong idea agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun sekarang kepada 18 tahun.

“Walaupun ia mungkin tidak dapat dilakukan pada pilihan raya ke 13, namunsatu ‘road map’ perlu diwujudkan untuk merealisasikan perkara itu.

“Untuk mematangkan demokrasi kita memerlukan seberapa ramai rakyat untuk keluar mengundi, jadi kita perlu memudahkan proses tersebut agar mereka bolehberbuat demikian,” katanya pada forum bertajuk “Reformasi Pilihanraya danPemurnian Demokrasi” di Kolej Dar Al-Hikmah, di sini hari ini.

Saifuddin turut mencadangkan agar undang-undang berkaitan referendum diwujudkan kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mematangkan demokrasi.

E-voting

Katanya kerajaan, walau dari parti mana sekalipun perlu mendapat kelulusan terus daripada rakyat selain wakil rakyat di Parlimen untuk perkara-perkara yang besar.

“Perkara ini boleh dilakukan terutama di zaman ini di mana rakyat boleh dihubungi secara terus melalui teknologi komunikasi dan maklumat contohnya seperti e-voting,” katanya.

Saifuddin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno turut menyelar pandangan sesetengah pihak bahawa negara ini tidak demokrasi kerana parti yang sama memerintah negara sejak merdeka.

“Barisan Nasional (BN) tak pernah kalah tak semestinya bermaksud negara ini tidak demokrasi. Kita tak boleh lihat isu ini begitu simplistik,” katanya.

Dua panel lain dalam forum anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Grup Peguam Abim (GPA) itu adalah Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya Prof Dr Mohamad Redzuan Othman dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi Wan Mohd Firdaus Wan Fuaad.
-Bernama-

Tiada ulasan: