Milosuam
HEBOH kebelakangan ini berita tentang sebuah blog yang menghina agama Islam menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Dalam pada itu sekumpulan hacker yang menggelarkan diri mereka sebagai Gaysec, mendakwa telah berjaya mendedahkan identiti blogger tersebut.
Di dalam beberapa siri pembongkaran oleh Gaysec, mereka mendakwa blog Hajjah Sitt Al-Wuzara dimiliki oleh seorang individu yang bernama Nor Arlene Tan Binti Khalid. Akibat dari pembongkaran itu, Arlene Tan menerima pelbagai kecaman dan mesej berbaur ugutan melalui akaun facebook dan telefon bimbitnya.
Bagaimanapun Arlene menafikan penglibatan beliau dengan blog anti Islam tersebut. Arlene mendakwa Gaysec telah membongkarkan maklumat yang salah dan mengakibatkan beliau menerima bahana kesilapan Gaysec itu.
Susulan dari pelbagai kecaman termasuk ugutan bunuh yang diterima olehnya, Arlene telah membuat satu laporan Polis terhadap sekumpulan hacker yang menggelarkan dirinya sebagai Gaysec itu. Berikut salinan laporan Polis yang dibuat olehnya. Sila klik untuk paparan yang lebih jelas.
ReJaM© "Tunggu dan lihat..."
http://milosuam.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan