ahmadhadeed
"Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan anggota polis menyebabkan "beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri. Perbuatan melampau polis terhadap pelajar Universiti ini adalah tidak bertamadun dan menyalahi civil right rakyat Malaysia
Apakah tendangan keatas kepala, hentakan keatas tulang rusuk dan mengilas leher rakyat Malaysia akan menyebabkan rakyat Malaysia akur kepada kezaliman BN dan melupakan keadilan dan hak mereka? Jawabnya tidak dan seluruh rakyat Timur Tengah telah membuktikannya.
Polis mesti mengetahui rakyat lebih kuat dari polis dan kita tidak mahu Polis membuat kiraan salah atas nama menjaga keamanan. Kita tidak mahu tindakan polis menyamai tindakan polis Mesir yang akhirnya membawa kerosakan negara. Kebebasan berhimpun telah di luluskan di parlimen apabila issue nya valid jadi apakah justifikasi memijak kepala mahasiswa yang menuntut hak kebebasan akademik mereka. Mungkin polis tak faham apa dia hak kebebasan akademik kerana terlalu menghabis masa berkursus macam mana ntuk mematahkan tulang yang paling lembut di tubuh manusia namun tidak minat hal akademik sepatutnya tidak mengahalang mereka menjadi lebih sensitif pada hak rakyat yang dilindung pelembagaan. Kalau demonstrasi itu adalah membuat bising adakah membuat bising di halaman rumah menjustifikasikan polis memijak kepala mahasiswa , memijak beramai ramai saperti berlaku dalam surah yasin tentang seorang pemuda dipijak kerana mempertahan kan rasul . Demonstrasi telah di nagatifkan di malaysia walaupun ia hanya penaikan sekeping kertas dengan messej tertentu dan bersyarah untuk menerang isue tertentu. Mengapa sambutan tahun baru yang lebih bising tidak dipijak kepala mereka.
Kita berharap Najib menjaga polis supaya tidak menganggu hak rakyat Malaysia bersuara dan melakukan perubahan sebenar kearah negara civil yang lebih teratur bukan negara civil ciptaan UMNO yang bermatlamat bermain silat mata dan hanya menjaga kepentingan kuasa umno.
1 ulasan:
Dalam Media BN;saperti TV3,TV2,TV1 terang2 Ketua Polis Perak Kata, tiada FRU yang meleraikan tunjuk perasaan,cuma polis biasa aje,dan ditunjukkan shot polis berpakaian uniform polis haru biru.Tiada anggota polis yg bertopi merah tu..
Jelas ada permesongan fakta dan denial,seolah2 RAKYAT ni senang 2 diperBODOHkan.Dan lagi KETUA Polis got the cheek to say yg Bloggers telah menyiarkan berita "TIDAK BETUL dan MENGHASUT" seolah2 hendak meNAKUT2kan Bloggers dan Rakyat!!! INI adalah PEMIKIRAN lama,kolot dan tidak professional!!
Kalau tindakan polis ni keterlaluan,saya rasa bolih polis diSAMAN dimahkamah atau lapurkan kpd kepada SUHAKAM atau ICC (International Criminal Court) dithe Hague,Belanda...!!! POLS tak berhak membantai,membelasah dan mencederakan RAKYAT secara ISA (Ikut Suka Aku) aja....
MANA DIA KEADILAN dan DEMOKRASI???
Catat Ulasan