"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Lahad Datu: Hebatnya kuasa Anwar Ibrahim

Minda Rakyat

Seluruh negara sangat terharu dengan kehilangan tiga pahlawan negara yang terkorban di Lahad Datu. Mereka terbunuh oleh serangan penceroboh . Memang gugur sebagai pahlawan satu kebanggaan. Nasib mereka sebagai tentera apatah lagi pasukan elit memang terdedah kepada ancaman nyawa. Mereka menyedari risiko itu, keluarga mereka juga menyedari risiko itu.

Namun apa yang mengecewakan rakyat ialah bagaimana isu ini ditangani. Pemimpin negara seakan melihat isu ini secara ringan. Pasukan keselamatan dijadikan taruhan.

Rakyat dinafikan maklumat jelas terhadap apa yang berlaku sehinggalah ada rakyat yang terkorban. Pasukan komando 69 bukanlah pasukan biasa . mereka adalah pasukan elit negara. Dilatih dengan penuh disiplin, namun terbunuh ketika berkawal, bukan peperangan.

Rakyat tertanya-tanya bagaimana satu kumpulan manusia yang besar bilangannya mampu menembusi perairan negara dengan senjata begitu mudah. Jika mengikut laporan kejadian, tentera kita yang terbunuh terkena serangan mortar, senjata yang dikira dalam kategori berat. Sangat merbahaya bagi keselamatan rakyat dan negara... Jika ianya satu kebenaran... MENTERI BERTANGGUNGJAWAB GAGAL DAN MESTI MELETAK JAWATAN... kerana gagal menjaga keselamatan rakyat yang bayar gaji mereka.

Rakyat juga agak pelik dengan cara isu ini ditangani.... Kerajaan dilihat sangat bertolak ansur dengan penceroboh yang datang "menjajah" negara... mereka di beri tempoh yang "sangat lama" untuk berunding. Persoalan yang timbul ialah mengapa kerajaan sangat bertolak ansur dengan penceroboh? Jika dalam demonstrasi rakyat, kerajaan begitu bertegas??? paling lama 5 minit untuk bersuarai... apakah kerana rakyat tiada senjata??? Persoalan ini memerlukan jawapan yang memuaskan hati... Pemimpin yang datang seakan membiarkan ia sengaja berlarutan... apa motifnya??

Tempoh hampir sebulan sangat pelik... apakah mereka sudah ada persediaan makanan yang banyak hingga mampu bertahan begitu lama... atau ada pembekal untuk mereka yang begitu ramai... Jangan lupa kaitan rakyat Malaysia yang dibuktikan sebagai pemimpin umNo cawangan yang mempunyai hubungan rapat dengan penceroboh. Berbagai versi sudah berlegar di kalangan rakyat.

Persoalan yang tak boleh di ketepikan dalam isu ini ialah siapa yang mendapat untung dari isu ini??

01. Penceroboh??? Mereka di dakwa menuntut tanah kesultanan Sulu yang dulu dipajak kepada kerajaan British... Namun keturunan ini juga diragui oleh fakta sejarah. Ada sumber menyatakan bahawa adik sultan Sulu itu adalah paling terpinggir dan ini membuatkan kemungkinan beliau mudah dipergunakan. Ada sumber mendakwa bahawa ia ada kaitan dengan Nur Misuari yang kini telah dipinggirkan oleh MNLF setelah MILF mendapat pengiktirafan dari kerajaan Filiphina.. Nur Misuari juga adalah individu yang dikaitkan dengan penculikan di pulau sipadan walaupun pada awalnya didakwa dilakukan oleh kumpulan Abu Sayaf.

Apakah penceroboh begitu berani mengambil risiko menyerang Sabah untuk menuntut wilayah Sulu. Apakah mereka merasakan terlalu kuat hingga mengambil tindakan nekad dan berani begitu?

02. Pakatan Rakyat..?? Beberapa bloger mengaitkan isu ini engan DSAI kerana merujuk kepada " akhbar Philiphina. Bagaimana keuntungan yang boleh diperolehi oleh DSAI tidak diperjelaskan... cuma atas alasan untuk menimbulkan huru hara... Hebatnya DSAI hingga boleh mengatur pencerobohan begitu mudah... mungkinkah beliau juga boleh mengarahkan pasukan keselamatan melengahkan tindakan kepada penceroboh??? sangat pelik..

03. Barisan Nasional??? Sememangnya semua kuasa dimiliki oleh Bn dalam menguruskan pasukan keselamatan negara. disudut kepentingan... jika berlaku kekacauan, negara boleh diistiharkan darurat. Dengan ruang laut yang dibuka, tidak mustahil lebih ramai lagi boleh menceroboh perairan negara..
Darurat adalah satu cara menangguhkan PRU 13 yang telah hampir menemui tarikh luputnya. Najib sangat takut dengan tarikh PRU. Beliau seringkali memejamkan mata apabila ditanya bila nak umum PRU??

Alasan ini dilihat paling kukuh buat masa ini... anda ada pandangan sendiri... anda berhak memikirkan atau berkongsi kerana anda lahir di negara yang dikatakan demokrasi..

Tiada ulasan: