"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Siapa tak tahu matematik?

SELENA TAY
UNTUK PRU13, PAS akan bertanding 83 buah kerusi, KeADILan 82 dan DAP 57. Jumlah kerusi di Dewan Rakyat ialah 222.

Justeru itu, orang Umno yang kata DAP akan 'kontrol negara' jika Pakatan Rakyat menang PRU13 jelas menunjukkan bahawa matematik mereka tidak tepat kerana DAP bertanding jumlah kerusi yang paling sedikit antara tiga parti komponen dalam Pakatan.

Oleh itu jika DAP menang semua kerusi yang ditandinginya, jumlah ini hanyalah 25% sahaja daripada jumlah keseluruhan kerusi Dewan Rakyat. Adalah mustahil untuk 'kontrol negara' dengan memiliki hanya 25% jumlah kerusi Parlimen.
Memang hujah Umno ialah bahan lawak tetapi ia ditujukan kepada penduduk di kampung dan pedalaman yang kurang mendapat maklumat benar dan golongan pengundi inilah yang ramai sekali.

Oleh itu pemimpin dan penyokong Umno akan memperhebatkan hujah ini dengan tujuan untuk menakut-nakutkan mereka terhadap DAP. Apabila mereka takut kepada DAP, mereka tidak akan mengundi PAS kerana PAS ialah rakan DAP dalam Pakatan.

Ini akan menyebabkan jumlah kerusi yang bakal dimenangi oleh PAS akan menurun dan seterusnya Pakatan Rakyat akan kecundang dalam PRU13.

Pengundi atas pagar juga akan dipengaruhi oleh matematik Umno. Dan inilah bahaya strategi matematik ini. Penyokong dan ahli PAS mesti terus membuat lawatan rumah ke rumah untuk memberi maklumat yang benar kepada pengundi.

Tiada ulasan: