"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berita palsu & Niat jahat cybertroopers Umno

Tian Chua
Tragedi Lahad Datu kini dimanipulasi oleh cybertrooper Umno untuk menjana kebencian terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk saya.
Semalam beberapa blog pro-BN telah menyiarkan berita palsu bahawa saya telah menghina pembunuhan anggota keselamatan kita dengan istilah "Komando Mati Katak" di satu ceramah di Puchong.

Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali. Semalam saya tiada berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan Pasukan Keselamatan. Sebenarnya saya berada di Johor dan dalam semua ucapan saya, saya menyatakan keyakinan dan sokongan saya terhadap Pasukan Keselamatan dan anggota-anggotanya.

Blog pro-BN seperti Mymassa, Talk With Hand, Aloqlaloq dan Papagomo sengaja melemparkan fitnah terhadap saya. Selain dari siaran berita pals,u mereka juga mendesak pembaca terutamanya anggota polis dan askar untuk menghantar sms maki-hamum serta panggilan bantahan kepada saya. Saya akan mengambil tindakan termasuk tindakan undang-undang terhadap mereka-mereka yang rekakan fitnah dan berniat untuk mengancam saya.

Saya merayakan rakyat Malaysia supaya jangan percaya kepada propaganda niat jahat ini. Kini rakyat harus bersatu dan menyatakan setiakawan kepada anggota keselamatan bukan memainkan taktik politik murahan untuk memburukkan parti lawan.

Tiada ulasan: