"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tangan UMNO Berlumuran Darah yang tidak Berdosa

SAKMONGKOL AK47
Update: saya dapat perkhabaran bahawa fighter jets kita mengebom kawasan perkubuan tentera DiRaja Sulu. Saya sudah bertanyakan hal ini dalam artikel yang terdahulu. If you bombed them out from above, they would have surrendered. atau kita bedil mereka dengan menggunakan meriam2 yang berkuasa tinggi. Mungkin tidak ada nyawa dari pihak kita yang terkorban. Tangan UMNO berlumuran dengan darah mereka yang tidak berdosa. Penceroboh tetap penceroboh. Malaysia mesti mempertahankan kedaulatan negara.
Saya dapati artikel yang ditulis oleh penulis blog Finance Twitter mengenai krisis Sulu sebagai tulisan yang baik. Maka saya memohon persetujuan beliau menterjemah tulisan nya kedalam Bahasa Melayu. Pada beberapa tempat saya membuat beberapa tambahan.

Saya ulangi sekali lagi. Kematian yang tidak perlu yang telah berlaku adalah kerana kerajaan Najib ini lembab dan mempunyai kepentingan terselindung. Yang mempolitikkan Lahad Datu ialah UMNO kerana mereka tahu mereka sudah kaput dalam PRU13. Rakyat tidak perlu befikir panjang- dalam PRU 13 nanti, mari kita singkirkan kerajaan yang rasuah dan korap ini. kita ajar mereka bagaimana mahu mengurus dan mentadbir negara. Kita akan ajar Mahathir kalau dia hidup lama lagi, kita boleh lakukan yang lebih baik dari dia. Tidak ada pihak yang akan buat lebih teruk daripada yang dilakukan oleh UMNO. Kita dah pun sampai rockbottom.

Bukan nya kali pertama Lahad Datu dan kawasan sekitar sana dicerobohi oleh kumpulan bersenjata. Maka sudah tentulah prasarana pertahanan dipertingkatkan. Macam mana boleh bolos? Atau kedatangan penceroboh dibiarkan. Kenapa tentera tidak digunakan? Mana kereta kebal kita? Mana Adnan? Mana pesawat terbang? Tentera kita tidak ada kepakaran precision bombing?

Fakta nya ialah- ini menujukkan bahawa tentera kita adalah ill-equipped. Kita ada alatan surveillance di perairan sana- mengapa tak dapat detect? Puak UMNO segera dan pantas mahu mengaitkan pencerobohan ini dengan Anwar Ibrahim untuk menutup kelemahan diri sendiri. Kelengkapan askar dan polis substandard kerana pembelian nya di orang tengahkan kepada kroni UMNO. System lintah darat ini mesti kita hapuskan. Benar- kita gantung mereka yang mengkhianati negara.

Sultan Jamalul Kiram III mengutus adik nya, Raja Muda Agbimuddin Kiram dengan suatu pasukan tentera berkota di Lahad Datu. Tujuan nya ialah untuk memberitahu dunia, bahawa Sultan Sulu menuntut kembali North Borneo atau Sabah dari Malaysia. Sultan Sulu menegaskan bahawa Sabah adalah milik kesultanan Sulu. Dia ada dokumen yang menyokong tuntutan tersebut. Saya percaya, jika kita hantar pasukan perundangan seperti yang mengetuai tuntutan batu putih oleh Singapura, kita akan kalah lagi.

Kesultanan Sulu bukanlah suatu kesultanan yang mudah untuk difahami. Selain dari Jamalul Kiram III yang mengakui dia Sultan, ada 2 orang lagi sepupu sepapat nya yang mengaku mereka adalah Sultan Sulu ke35 yang sebenarnya. Mereka ialah Fuad Kiram and Muedzul Lail Tan Kiram masing2 mengaku mereka adalah Sultan. Kesemua mereka bersatu dalam berangapan bahawa Sabah adalah milik kesultanan Sulu. Buat masa ini, Jamalul Kiram III adalah Sultan sebab dia ada sokongan dan bala tentera untuk membuktikan kedudukan nya.

Pencerobohan tentera diRaja Sulu di Lahad datu ( Wilayah Malaysia) pada 9 Februari sudah masuk ke minggu ke4. Masih tidak ada tanda2 penyelesaian keatas pencerobohan tersebut. Polis dan tentera masih di kekang dari melakukan apa yang patut dilakukan.

Orang UMNO seperti biasalah- mengalih isiu. Ini bukan isiu rakyat memperkecilkan kapasiti VAT69. Isiu pokok nya ialah UMNO membenarkan pencerobohan ini kerana mereka incompetent.

Antara 100-500 orang masuk ke Lahad Datu tanpa apa2 halangan. Kita tidak tahu berapa ramai bala tentara yang datang. Entah2 ada ribuan. Bagaimana dari tempat mendarat mereka bertebaran dan menyelinap ke tempat lain? Ada lapuran menyebutkan kaum Tausug yang diberi IC di Sabah menyertai tentera Sulu. Ada juga yang mendakwa, bala tentera Sulu mendapat juga sokongan dari Filipina rakyat Malaysia yang berjumlah ratusan ribu di Sabah.

Kenapa tindakan ketenteraan tidak diambil? Mengikut kata Dr Mahathir tindakan keras tidak diambil kerana kita tidak berperang sesama Islam. Ternyata, ini suatu pandangan afterthought yang di gunakan untuk merasionalisasikan mengapa tindakan ketenteraan tidak diambil. Mahathir berbohong dalam perkara ini. dia cuba menutup kelemahan kerajaan Najib Razak. Tindakan tentera tidak diambil bukanlah kerana penceroboh beragama Islam. Kalau itu perkiraannya, mengapa dalam kes Ibrahim Libya, pasukan keselamatan kita diberi lampu hijau untuk membunuh? Ibrahim Libya orang islam tapi diserang dan dibunuh tanpa belas kasihan.

Sebab sebenar mengapa respons ketenteraan tidak diambil akan diketahui akhirnya. Dan sebab nya tidak lain dan tidak bukan, UMNO ada kepentingan untuk mengekalkan sokongan bangsa Filipina yang jadi warga negara Malaysia. dan mereka jadi warga negara sebahagian besar kerana Mahathir mahu mencairkan majority bukan Islam di Sabah.

Kita tidak ambil tindakan tentera, kerana kerajaan UMNO/BN takut jika berbuat demikian, sokongan daripada pengikut Sultan Sulu tidak akan menyokong UMNO dan BN. Sejak tahun 1995, suku Tausug yang menjadi natiralised citizens di Sabah membantu UMNO menguasai negeri tersebut. Bayangkan jika tindakan ketenteraan diambil, Sultan Sulu akan memerintah suku Tausig rakyat Malaysia di Sabah (yang diberikan IC oleh UMNO/BN, supaya tidak menyokong UMNO. Tanpa sokongan golongan ini, Sabah akan jatuh dan jika Sabah jatuh, UMNO akan roboh.

Seperti dalam filem komedi Mr Bean, orang2 yang lengkap bersenjata ini mengumumkan bahawa mereka datang untuk menuntut tanah Sultan Sulu keatas Sabah. mengikut lapuran tempatan, tanah sultan sulu dikatakan diambil oleh Felda. Pengambilan itu telah dicabar dalam mahkamah, dan pihak plaintif tewas dalam perbicaraan. Maka besan kepada Raja Muda Sulu, memanggil Raja Muda dan bala tentera datang ke Lahad Datu menuntut harta mereka. Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu bersama dengan bala tentera nya, sekarang berkota di Lahad Datu. Salam seorang dari plaintif yang membuka pintu supaya tentara Sulu masuk ke Lahad Datu dikatakan berbesan dengan Raja Muda Agbimuddin. Dan secara kebetulan dia ketua UMNO cawangan.

Insiden ini sekarang menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan lembab Najib dan juga Filipina. Pencerobohan tersebut sudah merebak pula kekawasan Semporna dan Kunak. Respons dari pemimpin kerajaan lembab UMNO seperti biasa- semua berada dalam kawalan.
Rambo Hisham aw aw
Pencerobohan ini tidak di pandang serius pada mula nya. Hishamudin Hussein yang kurang cerdik tapi tunjuk garang itu malah buat jenaka mengatakan penceroboh orang yang tak cukup makan, tua2, pakai kain sarong dan pakai slipper. Jadi mengikut Hisham yang bodoh ini, penceroboh bukan terrorists dan tak bahaya walaupun bergelar tentera di Raja Sulu. Hishamudin tidak melapurkan kepada rakyat Malaysia, bahawa rupa2 nya, orang2 tua yang pakai kain sarong dan slipper ini lengkap dengan pelancar grenade, M16 dan lain2 senjata.
Orang2 tua yang pakai kain sarong, slipper dan tak cukup makan? kata Rambo Hisham.
Kemudian seperti yang kita lihat dalam gambar diatas, dia ingat dia dapat markah tinggi dengan berada ditempat pencerobohan meninjau dari jauh dengan pakai teropong tentera. Kemudian dia memeriksa alatan senapang tentu merasa diri dia sebagai Rambo Hisham. Menteri aw aw ini macho rupa2 nya. Tapi setelah 8 kematian dalam masa 2 hari, Hisham menjilat jenaka nya dan sekarang lidah nya kelu tidak terkata dan dia membisu seribu bahasa.

Tiada ulasan: