"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersih 5: Mahfuz Omar sedia hadapi tindakan disiplin PAS

Tarrence Tan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar bersedia berhadapan tindakan disiplin kerana menghadiri perhimpunan Bersih 5 bersama beberapa rakan partinya.

Ini berikutan teguran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada semua ahli parti yang menghadiri perhimpunan tersebut pada Sabtu, tindakan akan diambil terhadap mereka.

Hadi berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.

Kenyataan Hadi itu bercanggah dengan Ahli Majlis Syura PAS Mohd Khairuddin Aman Razali, yang sebelum ini menyatakan PAS tidak menyokong gerakan Bersih tetapi membenarkan ahlinya menyertai perhimpunan tersebut.

“Saya tidak boleh menghalang sesiapa daripada merujuk saya kepada Jawatankuasa Tatatertib. Terpulang kepada parti untuk menilai jika ia satu kesalahan.

“Apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat. Saya menghadiri Bersih untuk rakyat Malaysia,” kata Mahfuz kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

Menurut ahli Parlimen Pokok Sena itu, terdapat 6 ahli PAS lain yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut, termasuk 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Amiruddin Hamzah, Syed Azman dan Nasir Mustapa.

“Pandangan saya tiada salahnya menyertai Bersih 5. Perhimpunan ini adalah untuk rakyat dan kita menghadiri perhimpunan untuk rakyat,” katanya sambil menambah Bersih tidak mengganggu sesiapa semasa perhimpunan tersebut.

Sementara itu, bercakap tentang pilihan raya umum akan datang dan penyertaan semua parti pembangkang utama kecuali PAS pada perhimpunan itu, Mahfuz berkata adalah sangat penting bagi PAS menyertai pakatan politik itu.

“Ini kerana PAS tidak boleh bertanding bersendirian pada pilihan raya akan datang kerana ia akan membawa kepada ‘risiko besar’ antara PAS dan Umno.

“Kerana jika PAS dan Umno berlawan untuk mendapatkan undi, ia akan membawa kepada pertandingan 3 penjuru,” katanya sambil menambah beliau juga percaya penyertaan beliau pada perhimpunan itu tidak akan menjejaskan hubungan Umno-PAS.

“Oleh itu, jika PAS mahu selamat dan mengurangkan risiko kalah, mereka mesti mempunyai satu pakatan politik.”

Tiada ulasan: