"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mangsa rogol ditahan polis selepas buat laporan

DUBAI - EMERIAH ARAB BERSATU . Seorang pelancong warga Britain ditahan polis atas dakwaan melakukan hubungan seks luar nikah selepas beliau membuat laporan dirogol.

Laporan CNN mengatakan wanita terbabit melaporkan dirogol beramai-ramai oleh sekumpulan warga Britain lain ketika berada di Dubai.

Mangsa bagaimanapun dilepaskan tetapi pasportnya dirampas.

Kumpulan NGO, Detained In Dubai yang mendedahkan perkara tersebut mengecam penangkapan wanita berkenaan.

"Polis Dubai selalu gagal membezakan hubungan seks dengan izin dengan kejadian rogol," kata pengasas dan pengarah Detained In Dubai, Radha Stirling.

"Mangsa pergi berjumpa polis untuk menuntut keadilan, tetapi mereka pula yang didakwa. Mereka bukan sahaja menafikan hak sebagai mangsa, tetapi menghukum mereka," tanpa Radha lagi.

Sementara itu, kerajaan Dubai gagal memberikan sebarang komen ketika dihubungi pihak CNN Sabtu lepas.

Jurucakap polis Dubai pula tidak mahu memberi sebarang komen kerana kes tersebut belum dibicarakan di mahkamah.
-sinarharian

Tiada ulasan: