"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa yang keluar dari mulut lebai ini sama apa umno kata terhadap PAS dulu

'AMANAH pecah-belah umat Islam, undi Melayu'
Kehadiran Parti Amanah Negara (AMANAH) dilihat hanya mahu memecahkan undi Melayu dan umat Islam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata hasrat AMANAH untuk bertanding di kerusi PAS dilihat hanya akan memberi kemenangan kepada Umno.

“AMANAH wujud untuk memecah-belahkan umat Islam, undi Melayu dan bagi talian hayat kepada Umno untuk menang.

“Kalau benar AMANAH mahu lawan Umno, kenapa sibuk masuk kerusi PAS yang menjadi tradisi pertandingan Umno-PAS sejak puluhan tahun?

“AMANAH adalah ijtihad yang salah hasil daripada campur tangan pihak luar terhadap politik Malaysia dan mendapat sokongan DAP yang mulanya untuk menggantikan PAS tapi sekarang laksana melukut di tepi gantang sahaja,” kata Abdul Hadi dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian merujuk kepada rancangan AMANAH untuk bertanding di 27 kerusi Parlimen, sebahagian besarnya di kerusi milik PAS.

PAS pula merancang akan bertanding di 130 kerusi parlimen pada PRU nanti.

Abdul Hadi berkata keputusan tersebut realistik memandangkan pihaknya mempunyai 196 kawasan daripada 222 kerusi Parlimen serta mempunyai 7,063 cawangan.

Abdul Hadi berkata PAS bertanding untuk membuat perubahan dasar dan sistem kepada penyelesaian Islam.

“Sama ada PAS menjadi kerajaan memerintah atau pembangkang yang menasihat. PAS berhasrat menjadikan Malaysia negara yang sejahtera dengan mengubah dasar negara, dan urus tadbir yang sesuai dengan penuh berhikmah dan matang.

“Selain itu PAS sedang bekerja bersungguh-sungguh untuk menang paling kurang 40 kerusi. Dengan kemenangan itu PAS ada pengaruh untuk menentukan kerajaan dan mencapai matlamat perjuangan Islam,” kata beliau sebagaimana dilaporkan.
-malaysiakini

Tiada ulasan: