"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis ditahan paksa isteri seks luar tabii

Melaka – Seorang anggota polis marin di negeri ini ditahan Rabu lalu bagi membantu siasatan membabitkan salah laku seks luar tabii dan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.

Bagaimanapun, suspek berusia 55 tahun itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes terbabit sudah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya, untuk mendapatkan pertimbangan bagi pendakwaan.

“Kertas siasatan sudah dihantar kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tujuan pendakwaan,” katanya, ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii menggunakan objek dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Sementara itu, Abdul Jalil berkata, aduan mengenai kes terbabit dibuat di Balai Polis Hospital Melaka pada 13 Februari dan anggota polis marin itu ditahan di kediamannya di kawasan perumahan polis Bukit Baru keesokannya sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

Difahamkan, anggota polis marin berusia 55 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri dari unit jenayah seksual pada jam 1 tengah hari, kerana dipercayai menyerang dan memukul isterinya berusia 45 tahun, ketika bergaduh berkenaan telefon bimbit milik suspek.
-bharian 

Tiada ulasan: