"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Catatan ketika mesyuarat bersama Tun M

PENULIS KHAS
Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak.

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila Lim Guan Eng (LGE) menyatakan hutang negara sudah mencecah RM1.2 trillion.

Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari lima minit tak seorang pun berani membuka mulut.

Masing-masing terpaku melihat Tun Mahathir (Tun M) terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak-gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir tujuh minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan di kelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata. Kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang ke arah lain kerana tak sanggup melihat airmatanya gugur.

Berapa lagi kita ada? Tanyanya dalam dialeg utara, LGE tak berani menjawab…

Tun M bertanya lagi… cukup tak nak bagi rakyat BRIM sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa Kedahnya semakin pekat.

LGE: Cukup Tun untuk rakyat cukup.

Tun M: Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalu (kalau) nak bagi 20% royalti minyak?

LGE: Dalam proses Tun.

Tun M: Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat brim dan royalti tu.

LGE: Errr…pasal Tol tu tun?

Tun M: Takpa tu nanti saya panggil konsesi tengok macam mana kita forfeited kos depa..

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tun Mahathir mencarik tisu di atas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tun M menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat hutang negara yang dibuat oleh ******* Najib, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18 jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan negara pulih semula.

Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Tun M.

Tiada ulasan: