"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Kegilaan apakah ini: Husam dan Wan Rahim dihalang masuk pejabat kerajaan negeri Kelantan

Husam dan Wan Rahim dihalang masuk pejabat kerajaan negeri Kelantan
Zulkifli Sulong

Husam dan Wan Rahim dihalang masuk pejabat kerajaan negeri Kelantan
Kerajaan negeri Kelantan menghalang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Abdullah daripada memasuki semua jabatan di bawah kerajaan negeri itu.
KERAJAAN negeri Kelantan menghalang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Abdullah daripada memasuki semua jabatan di bawah kerajaan negeri itu.

Menurut pekeliling pengurusan yang ditandatangani oleh setiausaha kerajaan negeri Kelantan itu, mereka berdua turut dihalang dari memasuki semua istana di negeri Kelantan.

Arahan bertarikh 27 Mei semalam itu dikeluarkan kepada semua jabatan-jabatan kerajaan negeri Kelantan.

"Mana-mana pegawai kerajaan negeri berkenaan yang ingkar arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan Pegawai Awam Negeri Kelantan (kelakuan dan tatatertib) tahun 1996 atau mana-mana peraturan yang brrkuat kuasa pada masa ini," kata surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Nazran Muhamad.

Sebelum ini Husam dan Wan Rahim telah ditarik gelaran datuk oleh Istana Kelantan.

Tiada ulasan: