"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Ulasan Dr Rozaimi Ramle mengenai wawancara Astro dengan Haji Hadi

Kehadiran TGHH dalam wawancara Astro semalam menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Ada yang mengatakan beliau tidak menjawab soalan. Bagi pemuja beliau pastinya membela beliau dengan mengatakan jawapan beliau padu dan mempunyai ilmu mantiq yang tinggi. Beberapa sahabat meminta ulasan saya.

Lalu saya gagahkan diri menonton sendiri wawancara ini supaya dapat melakukan penilaian sendiri. Berikut ulasan saya:

1. Tidak wajar pukul rata beliau tidak menjawab setiap soalan. Ada saja soalan yang beliau jawab dan jawapan beliau boleh difahami.

2. Namun ada juga soalan moderator yang beliau seolah-olah mengelak dari menjawab secara terus seperti pencapaian PAS untuk menjadi king maker di peringkat kerajaan pusat dengan menjawab Tun Mahathir menjadi king maker. Apa kaitan PAS dengan Tun Mahathir? Bagi saya, ini bukan mantiq tinggi pun. Sebaliknya bagi saya jawapan ini tiada kaitan dengan soalan secara langsung.

3. Ada juga soalan moderator yang beliau jawab dengan jawapan yang mengejutkan. Seperti soalan plan, program atau rancangan pembangunan Islam versi PAS untuk membangunkan negeri di bawah pemerintahannya. Lalu beliau jawab dengan pimpinan PAS zero siasatan rasuah. Ini juga bukan mantiq tinggi bagi saya. Ini lari dari skop soalan.

4. Apa-apa pun saya kira ini suatu permulaan yang baik bagi kerajaan baru. Perbezaan politik diraikan dan masih memberi ruang kepada pembangkang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan.

5. Bagi penyokong TGHH yang mengatakan jawapan beliau mempunyai mantiq yang tinggi saya tidak dapat cerna dan hadam setakat ini. Jika betul mantiqnya tinggi maka perlu ada penjelasan daripada kalian untuk memahamkan netizen atas pagar dan non partisan. Jika kalian juga tidak faham sebenarnya, maka berhentilah menggunakan alasan mantiq tinggi. Budaya politik matang itu bukan saja menghormati pandangan tokoh lawan, namun juga berlaku adil ketika menilai pandangan tokoh sendiri yang dikagumi.

Sekian ulasan ringkas daripada saya.

Dr Rozaimi Ramle

Tiada ulasan: