"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Rakyat buat air mata Nurul Izzah tiba-tiba mengalir (video)

Jarang dapat melihat Nurul Izzah Anwar beremosi di khalayak ramai. Justeru semangat kentalnya selalu dikagumi, termasuk ketika bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat serta dipenjara.

Rupa-rupanya hati anggota parlimen Permatang Pauh itu akhirnya boleh 'cair' juga, cuma ia bukan disebabkan oleh kesukaran dialaminya sekeluarga, tetapi sikap ditunjukkan rakyat negara ini.

Semasa diwawancara secara langsung oleh Sinar Harian hari ini, air mata Nurul Izzah tiba-tiba mengalir deras dan dapat dilihat orang ramai.

Di sudut matanya kelihatan pantulan cahaya apabila air matanya mengalir secara spontan semasa menjawab isu mengenai tindakan sesetengah pihak mengeluarkan wang sendiri bagi membantu kerajaan membayar hutang negara.

"Saya pada saat ini memang berasa sangat bangga menjadi rakyat Malaysia," katanya semasa menghadiri sesi temu bual bertajuk PRU13: Manifestasi Kemarahan Rakyat Atau Kesedaran Pengundi hari ini.

Kata Nurul Izzah dia berasa tersentuh dengan kesanggupan membantu dengan cara mereka sendiri mengatasi beban hutang negara.

"Ada pula orang yang terbuka hatinya untuk cuba meraih dana bagi membayar hutang," katanya sambil sesekali menyeka air matanya.

1MDB penyumbang utama

Menurut Nurul Izzah lagi kehebatan sesebuah negara tidak diukur dengan bangunan yang dibina.

Sebaliknya, kata Nurul Izzah, ia dapat dinilai menerusi kesanggupan rakyat berkorban untuk negara, dan apa yang berlaku kini tidak pernah terjadi sebelumnya.
"Saya sangat teruja, syukur - maaf saya seidkit emosi," katanya lagi.

Pada 22 Mei lalu Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan jumlah hutang semasa negara melebihi RM1 trilion.

Keadaan itu katanya, disebabkan beberapa faktor termasuk hutang 1MDB dan projek mega yang diluluskan kerajaan BN sebelum ini.

“Ya, saya mengesahkan kenyataan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hutang negara melebihi RM1 trilion.

“Jumlah itu adalah jauh lebih tinggi berbanding yang dimaklumkan oleh kerajaan terdahulu...

"1MDB​​​​​​​ merupakan faktor utama, namun sekali lagi, saya berpendapat beberapa maklumat ini tidak dimaklumkan sepenuhnya," kata Lim.

Beberapa hari lalu pula seorang rakyat Malaysia memulakan kempen mengumpul dana sebagai inisiatifnya menyumbang kepada kerajaan.

Menggunakan kemudahan dalam talian, kempen "Please Help Malaysia!" itu menyasarkan dana sebanyak AS$100,000 sehingga 31 Julai ini.
-malaysiakini

Tiada ulasan: