Willie Jude
Hajiji Noor tiba di Sri Gaya untuk pertemuan dengan ADUN GRS, PH dan Umno. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Ketua Menteri Hajiji Noor bersama ADUN Pakatan Harapan (PH) dan Umno berkumpul di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya.
Mereka tiba berasingan mulai 1.30 tengah hari tadi dan kini semua pemimpin terbabit masuk ke sebuah bilik untuk bermesyuarat.
Tidak dapat dipastikan tujuan pertemuan itu namun difahamkan ia berkaitan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) khas yang akan berlangsung esok.
Selain itu, perjumpaan dipercayai membincangkan mengenai situasi politik semasa yang berlaku di Sabah ketika ini.
Semalam, Hajiji mendakwa beliau memperoleh sokongan 44 ADUN Sabah antaranya daripada GRS, PH dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin menafikan kemelut politik itu sudah tamat dan berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta timbalannya yang juga Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan ke Kota Kinabalu malam ini bertemu pemimpin BN, GRS dan Warisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan