"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki hayun parang ketika majlis ilmu di masjid direman

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini selepas disyaki cuba menyerang penceramah menggunakan parang ketika sedang menyampaikan ceramah di sebuah masjid di Batu Pahat, semalam.

Perintah reman sehingga Jumaat ini terhadap suspek berusia 38 tahun dibenarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman, menurut Harian Metro.

Ia bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 8.20 malam ketika penceramah berusia 40-an sedang menyampaikan ceramah kepada kariah masjid terbabit.

Suspek yang dipercayai berada di pengaruh dadah turut menghadiri sesi ceramah namun dia secara tiba-tiba bangun dan marah dengan membawa sebilah parang.

Lelaki terbabit kemudian bertindak agresif dan cuba menyerang penceramah dengan menghayun senjata terbabit sebelum berjaya dileraikan oleh ahli kariah lain.

Suspek yang terus melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Siasatan awal polis mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mendakwa dia terdengar penceramah terbabit menghina nabi ketika menyampaikan ceramah.

Tiada ulasan: