"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penunggang motosikal maut digilis lori pasir

Amirul Aiman Hamsuddin

SHAH ALAM: Seorang pesara kerajaan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke lorong tengah sebelum digilis sebuah lori di Kilometer 6 Jalan Banting-Dengkil, Kuala Langat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata kejadian jam 5.30 petang itu membabitkan sebuah motosikal Yamaha 135LC dan lori pasir.

“Siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an dari Olak Lempit sedang menghala ke pekan Banting.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa yang berada di lorong kanan hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke lorong tengah.

“Pada masa sama, lori jenis Nissan datang dan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan Yamaha 135LC,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Mohd Akmalrizal berkata, impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan pada badan.

“Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori berusia lingkungan 50-an tidak mengalami kecederaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mazrol Din di talian 011-18539115 atau 03-31872222,” katanya.

Tiada ulasan: