"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: Risiko Besar jika Pengumuman dibuat sebelum PRK

 SUNGAI PETANI - Bimbang Barisan Nasional akan bertindak balas secara 'liar," Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menangguhkan pengumuman penting bersabit politik negara pada 7 April.

"Berkenaan pengumuman penting yang diperkatakan semalam, kita telah berbincang...kita telah membuat keputusan, kalau kita bagi tahu pengumuman malam ini, risikonya terlalu besar," Anwar memberitahu ribuan hadirin pada satu ceramah di Sungei Lalang, Bukit Selambau, Kedah malam tadi.

"Saya nak tangguh sampai 7 April ini...., menang Bukit Selambau..menang Bukit Gantang...menang Batang Ai, kita sambung pengumuman yang penting ini untuk seluruh rakyat Malaysia," tambah Anwar.

Anwar tidak menghurai atau memberi bayangan mengenai pengumuman yang bakal dibuat oleh beliau pada Selasa ini, selepas berakhirnya  tiga pilihanraya kecil serentak di Perak, Kedah dan Sarawak.

Pengarah Strategi Pilihanraya Saifuddin Nasution sebelum ini berkata pengumuman itu  memberi kesan terhadap perlantikan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri keenam Jumaat  lalu.

Pakatan Rakyat sebelum ini menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong memohon  menunda perkenaan baginda atas perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri sehingga Presiden UMNO itu dibersihkan daripada pelbagai tuduhan. 

Penganalisis politik berkata tekanan juga wujud di dalam UMNO sendiri dan di kalangan masyarakat untuk Najib menjawab tuduhan dan persepsi umum yang mengaitkan beliau kepada kes pembunuhan warga Mogolia Altantuya Sharibuu, dakwaan rasuah serta rampasan kuasa di Perak. 

 -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: