"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Calon BN terbabit dalam penipuan projek rumah murah

SUNGAI PETANI - Satu  polis telah dibuat terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selamba,Datuk S Ganesan kerana terbabit dalam satu kes penipuan membabitkan sebuah projek perumahan kos rendah di Langkawi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan, N. Gobalakrishnan berkata, laporan polis berkenaan telah dibuat oleh seorang pemimpin masyarakat dari Langkawi, B K Kandasamy.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.

Menurut Gobala, Kandasamy dalam laporan polis yang dibuatnya pada 1999 lalu berkata beliau dan sekumpulan penduduk berbangsa India lain telah mendapatkan khidmat Datuk S Ganesan mewakili kepentingan mereka kepada sebuah syarikat pemaju perumahan, Boon Siew Sdn Bhd.

Kumpulan terbabit telah membeli rumah murah berkenaan berharga RM25,000 di Ladang Sg Raya Kisap, Kuah, Langkawi.

Ganesan dikatakan telah berjanji untuk menyelaraskan proses pinjaman bank oleh kumpulan tersebut dengan bayaran berjumlah RM300 serta wang cagaran bagi tujuan pembelian rumah kos murah berkenaan berjumlah RM9,700 bagi setiap pemohon.
 
Bagaimanapun, Kandasamy dalam laporan polis yang dibuatnya mendakwa pembinaan rumah yang dibeli oleh sebahagian besar daripada ahli kumpulan terbabit tidak dilaksanakan.

Menurutnya, hanya 50 rumah pemohon daripada ahli kumpulan tersebut berjaya disiapkan. Kandasamy, bagaimanapun tidak menyatakan berapa banyak rumah pemohon dalam kumpulan terbabit yang tidak disiapkan. 

 -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: