"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemudahan air dan elektrik, Kedah bantu 20 keluarga


Mohd Sabri Said  

BUKIT SELAMBAU (Hrkh) -Seramai 20 keluarga India di Kampung Sungai Getah 2 masih bergelap sehingga kini tanpa bekalan elektrik dan menikmati bekalan air bersih bila paip utama dipotong akibat tunggakan berjumlah RM16,150.40 sejak setahun lepas berbanding persekitaran lain

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dalam era Kedah Maju tajaan Barisan Nasional (BN) sebelum tewas di tangan Pakatan Rakyat setahun lalu dalam pilihan raya umum ke-12.

Malamnya kampung terbabit hanya disinari cahaya lilin dan generator bagi keluarga yang mampu.

Tetapi hari ini, detik bersejarah buat keseluruhan penduduk kampung berkenaan apabila paip utama yang dipotong akibat tunggakan itu disambung semula oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan bantuan Jabatan Bekalan Air (JBA).

Hadir sama dalam majlis penyambungan semula itu ialah Exco Pertanian, Pelaburan dan Industri Negeri, Dato' Amirudin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai, Dr Hamdan Mohamed Khalib dan calon N25 Bukit Selambau, S. Manikumar.

Menurut Dato' Amirudin, Kerajaan Negeri Kedah kesal BN selama ini hanya mempermainkan penduduk yang telah lama mendiami kemungkinan disebabkan mereka pekerja estet.

"Kerajaan Kedah sudah berbincang dengan JBA untuk menyelesaikan masalah yang telah lama berlaku terutamanya berkaitan bekalan air manakala elektrik akan menyusul kemudian. Beliau berharap JBA akan mengurangkan tunggakan dan memberikan potongan lagi untuk memudahkan pembayaran balik dibuat oleh penduduk yang rata-ratanya berada di tahap miskin tegar, " katanya.

Justeru itu, penduduk diingatkan agar bersabar kerana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membantu mengatasi masalah berkaitan ekoran ia adalah masalah asas yang wajar diselesaikan oleh mana-mana kerajaan yang berkuasa.

Ketua Kampung Sungai Getah 2, Thamothran, 39, menyifatkan penyambungan semula air ke rumah penduduk satu nikmat tiada ternilai.

Jika tidak pastinya penduduk terpaksa meminum air tidak bersih kerana lumpur sering memasuki telaga penduduk bila hujan lebat.

"Tak apa biar Kerajaan Kedah selesaikan dulu masalah air dan akan membantu mendapatkan bekalan elektrik kemudian nanti. Bukan macam BN yang asyik menipu kami sejak dulu, " ujarnya.

Tiada ulasan: