"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Samseng MIC Buat Kacau

Ketegangan tercetus antara penyokong MIC dan PKR
K Kabilan 

Polis terpaksa bertindak meleraikan insiden ejek mengejek antara
penyokong MIC dan PKR malam tadi bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Insiden itu berlaku kita-kira jam 9 malam sewaktu ceramah PKR
berlangsung di Taman Tuanku Haminah di Sungai Petani.

Suasana tegang itu berterusan sehingg jam 11 malam. Pada masa yang sama, anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut berkawal di situ.

Suasana tegang tercetus beberapa kali dan anggota polis terpaksa
campurtangan dengan memujuk penyokong MIC supaya bertenang.

mic pkr near distance ceramah almost fight 040409 01Bagaimanapun, pihak polis terpaksa meletak memasang penghadang untuk memisahkan kedua-dua penyokong bagi menenangkan keadaan.

Bagaimanapun' kedua belah pihak enggan mengalah - dan terus mengejek satu sama lain.

Keadaa hanya kembali reda selepas ceramah PKR - yang mendapat permitpolis - ditamatkan lebih awal, pada kira-kira jam 11 malam bagi
mengawal keadaan tersebut.

Ceramah PKR itu diadakan di pusat operasi parti itu yang terletak
hanya selang dua pintu  dari bilik operasi MIC.

Dan apabila Ketua Umum PKR. Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ceramah pada jam 9 malam, kandungannya tidak disenangi oleh pekerjapilihanraya MIC, sebahagian besarnya anggota pergerakan pemudanya, yang datang dari seluruh negara. 

 -malaysiakini-

Tiada ulasan: