"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar, Mohd Sabu Berceramah di Bangi 19 Jun ini

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah pada jam 9.00 malam, 19 Jun ini di Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Antara yang akan turut menyampaikan ucapan ialah Dr Mohammad Nur Manuty dan Adun DAP Balakong, Yap Lum Chin.

Anwar akan menunaikan solat maghrib serta menyampaikan tazkirah di Masjid Khairiah, Bangi. Umat Islam di sekitar Bangi turut dijemput sama menunaikan solat hajat bersama Anwar, seusai solat isya.

Dalam makluman yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pembangkang hari ini, Ketua Umum KeADILan itu akan turut berkunjung ke Manek Urai, Kelantan pada 21 Jun.

Selain mengatur mesyuarat dan menyusun jentera KeADILan untuk membantu calon PAS di Manek Urai, Anwar juga dijadualkan untuk berucap bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Tiada ulasan: