"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Bukit Bendera sokong tindakan polis tutup premis Gay

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 19 Jun (Hrkh) - PAS Bukit Bendera menyokong penuh tindakan polis Daerah Timur Laut menutup permis kesihatan untuk golongan Gay di Hugo Fitness Centre, No 488-02-16 Midland Park Centre, Jalan Burmah, Pulau Pinang baru-baru ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Saiful Lizan Mohd Yusuf dalam kenyataan pada Harakahdaily berkata, PAS juga akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membatalkan permis yang dibuat atas nama 'kesihatan' ekoran tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Lagipun Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 Peraturan - Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001 memang di bawah bidang kuasa MPPP.

"PAS Bukit Bendera menyokong penuh tindakan polis Daerah Timur Laut kerana menutup permis kesihatan untuk golongan Gay. Tindakan itu bertepatan dengan kehendak peraturan di bawah MPPP walaupun pihak berkenaan menafikan melanggari peraturan tersebut, " jelasnya.

PAS juga berterima kasih pada polis kerana begitu prihatin untuk menjaga keharmonian serta membasmi suasana yang dianggap keterlaluan dan tidak bermoral.

Saiful menjelaskan, dalam persidangan Dewan Undagan Negeri (Dun) beberapa tahun lalu termasuk sewaktu PAS menjadi pembangkang isu ini selalu dikemukakan oleh Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman namun ia bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Tetapi, setelah Pakatan Rakyat berjaya memegang tampuk pemerintahan di Pulau Pinang keadaan itu bertukar corak selaras dengan kehendak Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mahu membina negeri bermotifkan Amal Maaruf Nahi Mungkar.

"Inilah yang kita tunggu selama ini ada perkembangan positif ke arah pembangan insan yang diperkatakan. Dulu cuma di mulut sahaja bercakap soal pembangunan insan tetapi pada hakikatnya dibiarkan berleluasa, " tambahnya.

Beliau juga menyarankan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) bertindak sama terhadap mana-mana permis yang dikatakan melaksanakan aktiviti kurang sihat.

Tindakan itu pastinya memulihkan emej Maipp yang selama ini dilihat tidak aktif membenteras gejala yang tidak bermoral. Jika ada pun boleh dikira atau tidak berkesan kerana lazimnya permis tersebut tidak di bawah bidang kuasa Maipp sendiri.

"Bukan sahaja polis, MPPP, MPSP malah Maipp juga kena agresif menjalankan tugasan tesebut kerana selagi dibiarkan bertambah berleluasalah kegiatan tidak bermoral di negeri ini, " tegas beliau.


Tiada ulasan: