Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu telah mengeluarkan arahan "tutup mulut" kepada semua pemimpin tingginya daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan. "Arahan tersebut dibuat kerana perkara itu telah diputarbelitkan oleh orang seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak). ![]() "Kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menolak Umno. Umno sedar perkara itu, tetapi mereka mahu mencetuskan kekeliruan bagi menimbulkan keraguan mengenai halatuju PAS," kata Khalid. Khalid menegaskan demikian diminta mengulas kenyataan Najib hari ini yang menyatakan beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Oleh itu, kata perdana menteri, beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara. Umno, kata Najib lagi, sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS. 'Pertikai keikhlasan Umno' Mengulas lanjut, Khalid mempersoalkan keikhlasan Umno untuk mengadakan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan. Sebaliknya, kata beliau, idea untuk mengadakan perbincangan tersebut adalah pandangan peribadi Abdul Hadi dan bukan keputusan sebulat suara parti itu. Khalid turut menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai satu helah. Cadangan Abdul Hadi itu mendapat bantahan beberapa pemimpin utama parti itu walaupun idea itu disokong oleh timbalannya, Nasharuddin. ![]() Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa - yang tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden - turut menentang cadangan kerajaan perpaduan itu. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Umno/PAS : PAS keluar arahan tutup mulut - Khalid
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan