"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno/PAS : Wanita Umno Pun Berminat Untuk Bersatu, Berpadu Dan Bersebati Dengan Muslimat PAS

Perpaduan: Nuridah tunggu surat Shahrizat
Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) -Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menunggu surat daripada Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung kenyataan mempelawa pemimpin wanita PAS untuk berbincang soal perpaduan orang Melayu bagi memelihara perpaduan ummah.

Menurut beliau, perkara tersebut akan dibawa dalam mesyuarat Dewan Muslimat PAS Pusat dan akan dipanjangkan kepada pimpinan PAS Pusat yang bermesyuarat pada 22 Jun nanti.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat pelawaan itu kerana dakwaannya pemimpin dalam pembangkang tidak mampu membuat pendirian mengenai idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya akan mengeluarkan jemputan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS bagi bertermu dan membincangkan isu itu secara ikhlas. Saya harap Dewan Muslimat akan menerima jemputan saya," katanya dalam "Facebook" beliau.

Tiada ulasan: