"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno/PAS : Barisan Perpaduan 2



Barisan Perpaduan 2
Jun 15th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, Team PerakExpress, utama

“Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu,”

Itu perumpamaan yang diluahkan oleh Nik Aziz terhadap Umno. Begitu lah jeleknya Nik Aziz terhadap Umno kerana dia dapat merasakan macam mana peritnya hidup dibawah pemerintahan Umno.

Begitu juga di Perak..macam mana sakitnya hati, bila Perak dirampas oleh Umno secara tidak bertamadun. Masih lagi bersimpati dengan Umno? Kalau ada sekupang dua rasa simpati pada Umno…buang la.

MIO berjaya memerangkap Jamal dan Osman dengan kes rasuah. Dan apabila mereka melompat menyokong Umno..Umno berharap Pakatan Rakyat akan berpecah. Umno berharap Pas dan PKR akan berbalah. Tetapi Umno gagal. Orang-orang PKR semuanya mengutuk Jamal dan Osman dan berdiri teguh dibelakang Nizar dan Pas. Nizar menjadi hero rakyat Perak dan sokongan kepada Pas bukan sahaja meningkat malah Pas dilihat sebagai penyelamat Pakatan Rakyat Perak. Malah Anwar sendiri berkata di Bukit Gantang..dia bersedia menyerahkan Malaysia kepada Nizar. Begitu tinggi harapan diamanahkan kepada Pas.

Mengapa Anwar berkata begitu? Sebab ada diantara pemimpin Pas yang tidak percaya kepada Anwar. Dan bagi Anwar, tidak mengapa kalau dia tidak menjadi Perdana Menteri, malah kalau diberikan kepada Pas juga tidak mengapa…tapi ada orang yang cemburu.

Muktamar Pas di Ipoh pada Ogos 2008 telah membuat keputusan untuk kekal kukuh didalam Pakatan Rakyat. Malah Presiden Pas sendiri membuat kenyataan tersebut. Tetapi malang..Perak dijatuhkan oleh barua-barua Umno pada 4 Februari 2009.

Imej Umno jatuh begitu teruk. Seluruh dunia mengutuk tindakan Umno yang tidak bertamadun itu, tetapi tiga minggu kemudian…Hj. Hadi menghulurkan talian hayat kepada Umno dengan mengeluarkan kembali idea Kerajaan Perpaduan.

Ketika rakyat mengutuk Umno, Hj. Hadi mahu berpeluk. Ketika Pakatan Rakyat bersatu, Hj. Hadi cuba memecahbelahkannya. Lantaran itu, satu pertemuan lapan mata diadakan di JKR 10,Kota Bharu pada 26/3/09. Dan dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah menentang sekeras-kerasnya idea untuk menyelamatkan Umno. Isu tersebut terhenti buat sementara.

Tetapi menjelang Muktamar Pas 2009, idea tersebut ditimbulkan kembali. Masalahnya bukan hanya terletak kepada Hj. Hadi, tetapi punca utama adalah mereka yang disekeliling Hj. Hadi. Ini lah yang dikatakan oleh Nik Aziz sebagai BONEKA UMNO. Secara teorinya..perpaduan. Realitinya…perpecahan. Dan apakah perpecahan didalam Pas hari ini disebabkan oleh ejen-ejen PKR …atau tingkahlaku Presiden dan Timbalan Presiden Pas?

Semuanya sudah dirancang. Puak-puak yang menyokong Kerajaan Perpaduan perlu diberikan tempat didalam kepimpinan Pas. By hook or by crook.

Dan jikalau Hj. Hadi ikhlas untuk memperkukuhkan Pas, sepatutnya dia mengambil sikap menyatupadukan kepimpinan selepas Muktamar. Tetapi apabila dia melantik Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung dan mengenepikan Nizar yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Pas…sebaliknya melantik Abu Bakar Husin yang langsung tidak dikenali oleh orang-orang diluar Pas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak, Hj. Hadi hanya mahu mengukuhkan kepimpinan yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan.

Bulan Julai ini, Anwar akan menghadapi perbicaraan kes liwat Saiful. Kalau Speaker boleh diheret, kalau kerajaan Perak boleh dirampas..kalau hakim mahkamah rayuan boleh membuat keputusan dalam masa lima minit, tetapi masih gagal membuat penghakiman bertulis walaupun sudah dua minggu..apa lagi yang boleh diharapkan?

Isu Kerajaan Perpaduan dalam muktamar ini hanyalah mukaddimah kepada perancangan yang lebih besar. Bulan Julai ini, Anwar akan didapati bersalah dan Presiden Pas akan mempunyai alasan yang yang cukup bagus untuk menyertai Umno ataupun Barisan Nasional.

Anwar tidak bermoral dan DAP menentang Islam. Maka tidak salah untuk Pas menyertai Umno..kerana Umno itu lebih baik dari Pakatan Rakyat. ADUN PKR yang tidak berpuashati di Selangor akan menyertai Pas dan akhirnya menyertai Umno membentuk kerajaan negeri.

Pas tidak rugi apa-apa, walaupun kehilangan Perak..tetapi Pas akan mendapat Menteri Besar baru diSelangor. Hj. Hadi akan menjadi Timbalan Perdana Menteri 2 yang bertanggungjawab tentang hal-hal agama.

Selain daripada itu, Pas juga akan mendapat empat lagi jawatan Menteri. Semua portfolio ini sudah dipersetujui oleh dan perjanjian ini telah pun ditandatangani dengan diselaraskan oleh seorang kerabat diraja Negeri Sembilan.

Sebahagian daripada ahli-ahli MCA dan Gerakan akan bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat. Umno dan Pas membentuk Barisan Perpaduan dan mengembalikan Ketuanan Melayu.

Hanya orang seperti Nik Aziz yang tidak sanggup melacurkan maruah demi mengejar kuasa. Bagi Nik Aziz, sifat-sifat terpuji didalam Islam itu lebih bermakna dari mengembalikan Ketuanan Melayu…tetapi dihina.

Manusia merancang…Tuhan menentukan.

Perakexpress.com

Tiada ulasan: