"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau saya Nasharudin, saya masuk umno

Oleh : Fudzail
Kalau saya Nasharudin, saya masuk United Malay National Organisation (Baru)

Seorang ahli Parlimen menulis di Facebook:

Apabila Nik Aziz marah dan cadangkan agar Timbalan Pres PAS Nasharuddin masuk UMNO, jelaslah yang Murshidul Am PAS ni tidak begitu demokratik orangnya.

Nik Aziz kata
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Nampaknya marah Tok Guru sudah sampai tahap kemuncak. Kalau sudah dianggap sampah, itu sudah tahap paling hina (sebelum turun ke tahap najis...). Hanya satu jalan sahaja, terima cabaran Nik Aziz dan buktikan kejantanan ketuanan Melayu.

Apalagi wahai Nasharudin, United Malay National Organisation sudah menawarkan keahlian, segeralah menyertai seperti ramai yang lain sebelum ini dan halalkan segala kebobrokan, penyelewengan, rasuah, pembunuhan Memali dan lain-lain semenjak 50 tahun lalu. Sama-samalah berada dalam TONG TAIK.

Jawatan Menteri mungkin sudah menunggu. Kalau tidak tentunya, habuan lain, jawatan-jawatan, gelaran tinggi termasuk datuk dsbnya juga menanti untuk dinikmati bersama.

Tetapi sebelum itu, sila letak jawatan Ahli parlimen Bachok dan kita lawan semula apabila enta berada bawah United Malay National Organisation.
http://1426.blogspot.com/

Tiada ulasan: