"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar : PKR selar Speaker Parlimen Gantung Nizar dan 6 lagi


Parti Keadilan Rakyat PKR menyelar tindakan Speaker Parlimen, Pandikar Amin Mulia berhubung tindakannya menggantung Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Sri Nizar Jamaluddin dan enam wakil rakyat lain dari menghadiri sidang parlimen selama 2 hari.

Turut sama digantung adalah N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis), Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

Mereka di halau dari Parlimen hanya kerana memakai lilitan bubar DUN Perak, bagi menggesa pembubaran DUN untuk menyelesaikan krisis perlembagaan Perak yang berlarutan sejak Febuari lalu.

"Penyingkiran tujuh Ahli Parlimen berkenaan adalah satu lagi contoh keazaman BN untuk memadam apa juga kritikan terhadap BN. Ia juga sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai kewibawaan Pandikar selaku Speaker Dewan," kata Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail.

Tiada ulasan: