Nazri Abdullah | |
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Kerajaan Kelantan mengganggap kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berhubung tuntutan royalti minyak bukan kenyataan rasmi kerajaan Malaysia. Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, surat tuntutan royalti sebelum ini dihantar kepada Perdana Menteri dan hanya kenyataan dari Datuk Seri Najib sahaja akan dianggap rasmi. "Kita menganggap kenyataan beliau itu bukan kenyataan mewakili kerajaan Malaysia. Kita hantar surat kepada Perdana Menteri dan kita hanya akan tunggu dari Perdana menteri," Katanya ketika dihubungi harakahdaily. Awang Adek semalam memberitahu wang royalti minyak yang dituntut Kelantan lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara berbanding kepada kerajaan negeri. Alasannya kerana kedua dua kawasan operasi cari gali minyak terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan. Salah satu kawasan tersebut katanya adalah berhampiran Vietnam iaitu di perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan manakala kawasan kedua pula terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand. "Itu pendapat tidak rasmi, dan saya tidak berminat mengulas kenyataannya," ujar Husam lagi. Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu menggerakkan tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang tertunggak sejak 2004. Tuntutan tersebut turut disokong bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah melalui suratnya kepada Nik Aziz. Ku Li dalam surat sokongannya itu menyifatkan ianya sebagai hak kerajaan negeri Kelantan dan beliau sendiri yang menandatangani perjanjian itu dengan Muhamad Nasir, Menteri Besar Kelantan ketika itu. Selain Ku Li, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim juga menyokong tuntutan Kelantan itu. Awal Ogos lalu, Kelantan menghantar jurutera pengukur mereka ke pelantar minyak Cakrawala bagi mengukur jarak sebenar pelantar tersebut dari perairan negeri itu. Hasilnya, pelantar tersebut disahkan terletak hanya 153 kilometer dari pantai Pengkalan Kubur, Kelantan iaitu jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah. Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan. Kedudukannya hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali. Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri menuntut RM1 bilion royalti berkenaan. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Royalti Minyak: Kelantan tunggu kenyataan resmi Najib / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan