"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dia Dimangsakan? / UBN Najib Altantuya

Zolkharnain Abidin

Usianya sudah 90 tahun. Masih bekerja sebagai penjual kain. Dia berhasrat untuk membeli sebuah peti sejuk untuk kemudahan cucu cicitnya jika mereka berkunjung ke rumahnya nanti.Jiwa politiknya subur semenjak lama melalui penyertaannya dalam Parti Tanah Melayu Beragama Islam. Ini mendorongnya untuk bertanding dalam PRU ke 12 yang lalu.

Ada orang kata, Mohmad Sabu boleh menang di Kuala Terengganu kalau undi calon ini dicampurkan dengan undi yang diperolehinya. Mohamad mendapat 31,934 dan ika dicampurkan dengan undi calon ini, 685 undi, Mohamad mendapat 32,619. Calon BN mendapat 32,562 undi. Mohamad boleh menang dengan majoriti 57 undi. Tak apa, itu cerita lama.

Dikatakan bahawa dia membelanjakan RM30,000 untuk bertandinga atas tiket Bebas dengan berlambangkan serangkai kunci.

Tak tahulah, Tok Mun bertanding atas kehendaknya sendiri atau dia ‘diarah’ melakukannnya. Kalau atas kehendaknya sendiri, jiwa politiknya memang kental dan subur.

Tetapi, kalau dia bertanding atas ‘arahan’ atau ‘paksaan’ mana-mana individu atau pihak, individu dan pihak itu patut datang dan memohon ampun kepada Tok Mun.

Dia wajib membela Tok Mun yang keseorangan dan kesunyian itu. Baca sini.

Tiada ulasan: