"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM didakwa dera saksi,kerajaan didesak adakan inkues

Fariz Musa

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Kerajaan Malaysia mengadakan satu lagi inkues berhubung kes penderaan dan kezaliman SPRM terhadap seorang Penolong Pengurus sebuah syarikat iaitu Sivabesan Tanggavelu , 23 tahun.

T. Sivanesan telah ditahan di Pejabat SPRM Selangor , di Plaza Masalam pada 4 September sehingga 9 September 2008 . Sewaktu dalam sisatan SPRM , beliau telah diarah untuk berbogel dan beberapa orang pegawai SPRM menyerangnya.

Beliau telah dipukul dengan batang keluli, ditumbuk, diterajang, ditempeleng dan dirotan pada alat kemaluannya dan kedua tapak kakinya sehingga beliau tidak tahan lagi menahan kesakitan. Ekoran kejadian tersebut beliau telah mengalami kecederaan dan dirawat di kepala , buah pinggang dan kemaluan bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah .

Kezaliman dan penderaan yang telah dilakukan oleh Pegawai-Pegawai SPRM terhadap beliau telah dibuat laporan dan aduan kepada SUARAM , SUHAKAM , PDRM dan Menteri Jabatan perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam mengenai Biro Pengaduan Awam , Datuk T.Murugiah .

Sehingga sekarang peristiwa 1 tahun lalu, yang telah dibongkarkan sewaktu beliau menjadi saksi dalam Inkues Kematian Teoh Beng Hock pada 8 September 2009 masih dalam siasatan . Adalah amat menghairankan bagaimana tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga sekarang walaupun aduan telah dibuat 1 tahun yang lalu ?

Justeru , atas prinsip keadilan dan kebenaran , AMK mendesak agar pihak kerajaan wajib mewujudkan satu inkues bagi menyiasat kes penderaan SPRM terhadap T. Sivanesan .

Timbalan Ketua
, Angkatan Muda Keadilan.

Tiada ulasan: