Abdul Aziz Mustafa | |
KUALA LUMPUR, 18 Sept: Riuh-rendah orang-orang kenamaan dan orang-orang terkenal Umno membela bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ubah seperti riuh-rendah mereka kini yang kononnya membela kepentingan Melayu dan Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Sebelum ini, ketika orang kenamaan dan orang terkenal Umno begitu yakin Dr Mahathir tidak diperlukan untuk kepentingan diri dan cita-cita mereka, tentulah mereka tidak memberikan apa-apa reaksi. "Hari ini, mungkin mereka mula merasakan sebaliknya. Sebab itulah mereka berebut-rebut hendak mengambil hati bekas presiden mereka tu," kata beliau. Begitu juga, katanya lagi, apabila mereka yakin bahawa kuasa mereka begitu kuat dan tidak boleh digugat, rakyat tidak pula mendengar riuh-rendah orang kenamaan dan orang terkenal Umno tentang kepentingan Melayu. "Malah mereka berpakat mengubah kawasan pilihan raya supaya kawasan-kawasan majoriti Melayu dikurangkan semaksima yang boleh," katanya. Tetapi, kata Mahfuz lagi, bila kawasan-kawasan yang mereka kuasai pula yang akhirnya direntap dengan begitu banyak oleh kuasa rakyat dalam pilihan raya umum lalu, tiba-tiba sahaja rakyat mendengar riuh-rendah "kononnya membela kepentingan dan masa hadapan orang-orang Melayu". "Sedangkan hakikatnya, riuh-rendah mereka itu bukan disebabkan oleh kepentingan dan masa hadapan orang-orang Melayu tetapi disebabkan kepentingan dan masa hadapan mereka sendiri. "Orang kenamaan dan orang terkenal Umno itu tahu, hanya dengan mengapi-apikan semangat perkauman sempit yang menjejaskan keselamatan negara sahaja yang menjadi satu-satunya cara untuk menyelamatkan kuasa di tangan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz mempersoalkan, di mana suara pembelaan tokoh-tokoh seperti Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin serta orang kenamaan dan orang terkenal Umno lain ketika Dr Mahathir dihina oleh orang-orang Umno sendiri dahulu. "Sebahagian besar yang bercakap membela Dr Mahathir sekarang, apabila seorang perwakilan perhimpunan MIC mencadangkan supaya dikalungkan selipar pada gambarnya, tidak bersuara sedikit pun membela bekas presiden mereka ketika begitu ramai ahli Umno menghentamnya dahulu," kata beliau. Mahfuz juga tidak pelik jika Dr Mahathir tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar sebaliknya beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada ahli Umno sendiri seperti yang pernah berlaku. Bukan sesuatu yang pelik, katanya lagi, jika ahli parti lain mengecam Dr Mahathir tetapi amat memeranjatkan jika ahli-ahli Umno yang dahulunya dituduh menjadi penjilat beliau tiba-tiba menjadi orang yang paling garang mengecam dan menghentam beliau semata-mata kerana beliau dianggap tidak layak menegur setelah tidak ada kuasa. "Ia sama seperti kita tidak merasa pelik dan terperanjat jika dilaporkan bahawa orang-orang bukan Islam menghina Islam seperti laporan yang mendakwa (Presiden MIC, Datuk Seri S) Samy Vellu yang menempelak dengan pertanyaan "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?" "Tetapi kita amat pelik dan sedih jika seorang yang beragama Islam seperti Najib menghina Islam apabila memberitahu wartawan bahawa "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan" seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan pada pada 20 April 1983 lalu. "Apa yang hendak dihairankan jika perwakilan perhimpunan MIC mahu mengalungkan selipar pada gambar Dr Mahathir, jika al-Quran pun didakwa telah dihina sebegitu rupa oleh presiden mereka," kata Mahfuz. Malah, katanya, tidak kedengaran suara orang kenamaan dan orang terkenal Umno membela al-Quran ketika Samy Vellu dilaporkan berkata demikian. "Kalau al-Quran pun tidak dibela, apa lagi Dr Mahathir walaupun beliau dihina. "Jangankan hendak membela Dr Mahathir, malah seolah-olah merestui pula apabila beliau dihina dengan kata-kata iblis dan beruk oleh pembesar-pembesar Umno sendiri dan disifatkan celupar apabila menegur Umno semata-mata kerana beliau sudah tidak ada kuasa lagi," kata beliau. Semua itu berlaku, kata Mahfuz, kerana kriteria nilai yang paling utama bagi Umno ialah kepentingan diri dan kuasa di tangan masing-masing. Semalam, Dr Mahathir berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan cadangan seorang perwakilan perhimpunan MIC supaya gambar beliau dikalung selipar kerana "bukan saya jadi apa-apa". Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan ia tidak merugikannya, kata beliau kepada Bernama. Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada ahli Umno sendiri seperti yang pernah berlaku. "Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. "Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno. "Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya. Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. "Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi)." "Pasal apa dulu tak react, kali ini react. "Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya. Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya berbanding kecaman yang dibuat oleh ahli MIC. "Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Riuh-rendah bela Dr M kerana kepentingan diri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan