Wartawan Pembela
Ketibaan 1 Syawal hanya timggal beberapa hari lagi. Sebahagian umat Islam yang berkemampuan mungkin tersenyum riang dengan ketibaan hari kemenangan tersebut yang di sambut sekali dalam setahun. Erti pagi Syawal bagi yang kita berkemampuan mungkin begitu indah berbanding mereka yang masih hidup dibelenggu kemiskinan yang tidak kunjung hilang.
Bukan mereka tidak berusaha supaya menikmati kehidupan yang lebih baik dari hari semalam dan sebelumnya, sekaligus keluar dari lingkaran kemiskinan yang cukup menyeksakan ini. Namuan inilah hakikat yang terpaksa mereka tempuhi. Ia adalah ujian dan takdir dari Yang Maha Esa buat mereka yang ditimpa kesusahan, di samping ia juga adalah ujian kepada kita yang mungkin lebih bernasib baik dari mereka tersebut.
Sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) berkesempatan membuat pemantauan di beberapa buah kampong dalam daerah Kubang Pasu dan mendapati masih ramai insan (umat Islam) yang hidup melarat seolah-olah tiada penghujung kepada kisah kemiskinan yang terpaksa mereka lalui seperti masa sebelumnya.
Menurut Setiusaha Agung Pembela, Basir Hj Ismail bahawa, nasib sebahagian mereka (umat Islam) dalam daerah ini umpama hidup di zaman sebelum merdeka. Masih ada dikalangan mereka yang hidup di dalam sebuah rumah yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air. Sebabnya bukan kerana tiada prasarana di kampong halaman mereka, tetapi kerana kemiskinan masih memihak kepada nasib mereka sehingga tidak mampu untuk menyedikan kos bagi tujuan penyediaan bekalan tersebut.
“Lebih menyedihkan lagi, ada yang tinggal di rumah usang seperti reban ayam berbanding mahligai sebahagian para pemimpin yang dipilih oleh mereka”, katanya.
Katanya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya iman dan ketakwaan yang mereka miliki sahaja dapat menguatkan semangat mengharungi cabaran hidup dalam belenggu kemiskinan tersebut”.
Sempena ketibaan 1 Syawal yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, Pembela dengan rasa rendah hati ingin merayu kepada seluruh umat Islam yang berkemampuan supaya sudi menghulurkan sumbangan mereka untuk membantu keluarga termiskin yang masih ramai dalam daerah Kubang Pasu khususnya.
“Semoga sumbangan yang kita (umat Islam) hulurkan di hari-hari terakhir Ramadhan Al-Mubharak ini akan memberi secebis kegembiraan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan kewangan, sekaligus memberi makna kemenangan di pagi syawal kepada insan yang terlibat tersebut”, kata Basir lagi.
Katanya, Pembela hanyalah sebuah Ngo yang mampu untuk memaparkan kisah duka ini untuk tatapan umat Islam semua, kerana ia menjadi tanggungjawab kepada kita yang berkemampuan untuk turut sama membantu golongan yang terdaya ini”.
Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW ada menyatakan: "Sebaik-baik sedekah adalah pada bulan Ramadan" (riwayat Termizi)
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang bersimpati untuk membantu mereka yang hidup dalam lingkaran kemiskinan tersebut bolehlah menyumbangnya melalui no. akaun : 5521 7000 1043, MAYBANK, atas nama OTHMAN BIN AWANG, Koordinator Penyelaras Kemiskinan Kubang Pasu. Keterangan lanjut, bolehlah menghubunginya di talian : 019-4704114 dan 017-4847791 (Basir Hj Ismail).
Mudah-mudahan simpati dan sumbangan yang kita hulurkan untuk mereka tersebut akan dapat memberi makna kemenangan dan mengukirkan sedikit semyuman buat mereka sekeluarga.
-detikdaily.net-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan