Salman Hussin | |
JOHOR BAHRU, 18 Sept: Sebagai persiapan untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini selepas Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13, Pakatan Rakyat negeri ini telah bersepakat untuk melancarkan Gagasan yang bertemakan 'TAWAN' yang juga merupakan tawaran terbaik untuk rakyat negeri ini. "Pelancaran Gagasan ini akan disempurnakan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali serta Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, pada 27 Oktober depan," kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Dr Mahfodz Muhamad, di sini. Gagasan yang bertujuan untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini katanya, akan berlandaskan kepada lunas-lunas demokrasi yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara. "Kita (Pakatan Rakyat) sama sekali tidak akan mengambil pendekatan lain selain melalui amalan demokrasi sedia ada dalam proses mengambil-alih pemerintahan negeri ini," katanya pada sidang media sempena majlis berbuka puasa dan makan malam bersama media di Skudai baru-baru ini. Turut hadir pada majlis ini Pengerusi DAP negeri, Br Boo Cheng Hau, Naib Pengerusi DAP negeri, Ahmad Ton, Naib-naib Pengerusi KeADILan negeri, Lee Sang dan Subra Panditially, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dzulkifly Ahmad, Ketua Penerangan PAS negeri, Mazlan Aliman, Ketua Pemuda PAS negeri, Khairul Faizi Ahmad Kamil serta Ahli Parlimen Bakri, Err Teck Hwa (DAP). Menurut Dr Mahfodz, gagasan yang dikemukakan Pakatan Rakyat negeri ini adalah satu tawaran terbaik berbanding apa yang rakyat dapat daripada Kerajaan Umno-Barisan Nasional (Bn) hari ini bahkan perkataan 'TAWAN' itu sendiri membawa maksud yang tersendiri. T - Telus dan berintegriti dalam mentadbir kerajaan negeri (good governance), membudayakan rakyat dengan elemen tulus dan telus dalam pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan, memastikan pemilihan pemimpin yang berakhlak dan beretika, pemantauan dan penilaian keberkesanan pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan selain kerajaan yang sentiasa membela rakyat. A � Adil dalam pemerintahan (justice), pemerintahan yang adil tanpa mengira kaum, agama serta fahaman politik demi kejahteraan rakyat, menjamin keadilan dari perspektif Islam dan forum sejagat. W - Wibawa dalam kepimpinan (sovereignty), membentuk barisan kepimpinan kerajaan yang berwibawa, melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berwawasan serta menjamin kerajaan dan negeri yang berdaulat A � Amanah dalam system penyampaian (delivery system), penegasan sifat amanah di kalangan pemimpin dan pegawai kerajaan, melaksanakan tugas yang diamanahkan menurut norma-norma yang ditetapkan selain kuasa dan rakyat adalah merupakan amanah yang perlu ditadbir-urus dengan penuh tanggungjawab. N � Nilai murni (tiada tara, pilihan utama rakyat), Pakatan Rakyat sebagai pilihan utama yang tiada taranya, yang semestinya dipilih oleh rakyat bersandarkan kepada konsep universal atau sejagat yang diterima umum, sesungguhnya Pakatan Rakyat adalah pilihan yang tepat. Pada sidang media yang sama, Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau berkata, pelancaran gagasan ini bukan bermakna Pakatan Rakyat gila kuasa tetapi tindakan untuk merampas kerajaan negeri ini disebabkan sudah terlalu banyak kelemahan dilakukan kerajaan pimpinan Umno-Bn selama memerintah negeri ini. "Kegagalan kerajaan Umno-Bn memerintah dengan telus dan adil menyebabkan hutang kerajaan negeri meningkat kepada RM840 juta, hutang yang sebanyak ini sudah tentu akan dibebankan kepada rakyat. "Selain itu Umno-Bn juga gagal membela nasib seluruh rakyat negeri ini sebab itu hari ini masih terdapat begitu ramai golongan rakyat berbilang kaum di negeri ini yang tinggal di tanah-tanah setinggan atau menumpang di tanah orang lain,"jelasnya. Naib Pengerusi KeADILan negeri, Subra Panditially pula, mahu seluruh rakyat negeri ini tahu bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menggantikan Kerajaan Johor yang ada pada hari ini. "Kita minta rakyat negeri ini memberi keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini dan kita (Pakatan Rakyat) pun memang sudah cukup yakin mampu untuk mengambil-alih tugas ini. "Komitmen kita kepada rakyat sangat tinggi terutama dalam usaha untuk menyelesaikan berbagai masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga persoalan-persoalan yang membabitkan kepentingan rakyat yang lainya. "Apa yang lebih penting lagi, kita mahu rakyat sedia maklum bukan sahaja kita mampu untuk perintah negeri ini bahkan kita akan lakukan yang lebih baik lagi berbanding apa yang telah dilakukan kerajaan pimpinan Umno-Bn selama ini," tegas beliau. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Pakatan Rakyat akan lancar gagasan 'TAWAN' Johor / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan