"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Chua: Ong dihantui bayang-bayangnya sendiri

Musuh terbesar Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat ialah bayang-bayangnya sendiri, dakwa bekas timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"MCA sudah melalui banyak perjuangan sepertimana parti-parti politik yang lain. Anda mesti ada keyakinana. Anda mesti yakin bahawa rakyat menyokong anda, bahawa anda melakukan perkara yang betul.

"Jangan lawan bayang-bayang sendiri. Musuh terbesar (Datuk Seri) Ong Tee Keat ialah bayang-bayangnya sendiri. Dia tidak percaya dirinya sendiri. Dia mudah dipengaruhi orang di sekelilingnya. Semua orang tahu itu," kata Chua.

Chua berkata demikian dalam wawancara ekslusif dengan
Malaysiakini Jumaat lalu, ketika para penyokongnya menyerahkan kepada ibupejabat MCA, permintaan supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membatalkan pemecatan Chua.

Menurut Chua, Ong di kelilingi sekumpulan 'pak turut', yang disifatkanya sebagai pemimpin muda yang tidak memberi nasihat yang membina kepada presiden parti.

Chua mendakwa, Ong tidak ada apa yang hendak ditunjukkan selepas memimpin partiitu sejak dipilih sebagai presiden MCA Oktober tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan Ong sebagai seorang nakhoda yang gagal melayari bahtera MCA ke mana-mana halatuju dan ianya amat jelas selepas lapan pilihanraya kecil diadakan yang menyaksikan pengundi CIna masih tetap menyokong Pakatan Rakyat.

"Jika anda semak rekod pencapaiannya, dia tidak buat apa-apa. Tiada apa yang boleh ditunjukkan, walaupun sebagai presiden. Satu-satunya pencapaiannya ialah memecat saya," kata Chua.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: