"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Amarah Rakyat Tiada Penghujung - Anwar

Pilihan raya ke 12 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menawan lima
buah negeri di Semenanjung tanahair. Kemenangan demi kemenangan dalam
pilihanraya kecil pasca PRU12 menguatkan lagi kedudukan gagasan
kerajaan alternatif ini.

Namun seteru Pakatan Rakyat sentiasa merencana agenda merampas kembali
tanah yang hilang dari genggaman mereka. Bermula dengan Perak, jentera
Umno-BN menyusup masuk ke negeri-negeri lain khususnya Selangor -
satu-satunya kerajaan yang diperintah pencabar utamanya, Parti
Keadilan Rakyat.

Dalam satu ucapan beliau di Klang, Ketua Umum Anwar Ibrahim berkata
PKR akan mempertahankan Selangor atas nama rakyat marhaen dari
pencerobohan Umno-BN.

“Kita berterima kasih kepada rakyat, siapa jangka kita boleh pukul
kuat sehingga tumbang kerajaan-kerajaan negeri termasuk di Selangor
dan oleh kerana Selangor jatuhlah, maka pemimpin Umno dan Perdana
Menteri sekarang, dia tidak lepas lagi marahnya.

“Negeri lain dia mungkin tidak marah, Kelantan, Penang ok tapi
Selangor tidak. Saya hendak bagi tahu Datuk Najib, ya atau tidak?
Boleh atau tidak? Bukan awak yang tentukan tetapi Selangor yang
tentukan,” katanya.

Beliau turut memperingatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak agar tidak membuat tindakan di luar batasan sehingga boleh
membangkitkan kemarahan rakyat kerana amarah orang-orang kecil di
bawah tidak berpenghujung.

“Okay, dia kata hendak rampas Selangor macam hendak rampas Perak.
Najib, dengar abang kamu nak bagi nasihat, jangan kamu ingat boleh
pisang berbuah dua kali, jangan kamu ingat boleh rampas Selangor
sewenang-wenangnya.

“Kita akan bangkit dan kalau kamu buat begitu, kita akan bangun dan
pertahan habis-habisan negeri Selangor, kita pertahan untuk apa?
Kerana saya pertahan untuk elaun, saya hendak tanah, projek dan
sekarang saya ketua PR, inilah peluang saya hendak dapatkan tanah di
Selangor.

“Tapi itu bukan tujuan kita, kita larang Menteri Besar PR, Tan Sri
Khalid, Ustaz Azizan, Tok guru Nik Aziz lagi la lebih-lebih kenal, Lim
Guang Eng Pulau Pinang tidak boleh ambil,” katanya.

Anwar berkata bagaimana pemimpin Umno BN hendak menjadi pemimpin
negara sekiranya kebanyakan mereka dipalit dengan pelbagai
penyalahgunaan harta kerajaan dan kepentingan rakyat.

“Saya kata beza dia macam mana kita lihat negara kita. Umno kata dia
Ketuanan Melayu, dia tolong Melayu. Saya hendak tanya mereka. AP
sepuluh tahun berapa puluh billion.

“Angkat tangan siapa dapat Approve Permit? Tiada siapa pun yang dapat.
Yang dapat siapa, bukan orang Melayu, bukan orang India atau orang
bawah ni tidak tetapi pemimpin, isteri, anak, menantu dan kroni-kroni
dia, kita kena sokong dia kerana apa, kerana tanah Melayu kita, kerana
darah kita dan kerana keris kita, apakah ini semuanya,” katanya.

Melintang patah, membujur lalu, Anwar berjanji kepada rakyat Selangor
bahawa PKR akan pertahan Selangor umpama menggenggam bara api.

“We will fight, we will never surrender, ” katanya.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: