Wartawan Detikdaily
Keprihatinan rakyat Malaysia khususnya terhadap penderitaan yang dihadapi oleh saudara baru berstatus ibu tunggal iaituFatimah Abdullah, 29 yang merayu bantuan melalui sebuah badan bukan kerajaan (Ngo), Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) akhirnya mendapat perhatian dari seluruh lapisan masyarakat.
Menurut, Setiausaha Agung Pembela, Basir Hj Ismail bahawa, sejak beritatentang kesusahan hidup Fatimah disiarkan di media online seperti Harakah Daily, Detik Daily, Kedah Lanie dan Utara Online beberapa hari lalu, ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan.
Katanya, pemantauan yang dijalankan oleh Pembela dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis sejak hari pertama beritanya disiarkan hingga ke hari ini mendapati ramai pihak yang telah memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk termasuk kewangan, pakaian, makanan serta lain-lain keperluannya sekeluarga”.
“Sesungguhnya saya amat tidak menyangka bahawa begitu ramai rakyat dinegara ini khususnya tampil memberi sumbangan, di samping menghubungi melalui talipon mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi olehnya setelah beritanya disiarkan oleh media online”, katanya.
“Saya bersyukur kehadrat Allah SWT, usaha yang sedikit dilakukan oleh Pembela telah mendapat perhatian yang begitu baik sekali dari rakyat di negara ini dan juga beberapa negara luar seperti Brunei Darussalam, Baharin dan Thailand yang membaca beritanya melalui Harakah Daily”, kata Basir lagi.
Sehubungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang membantu kesusahan yang dihadapi oleh Fatimah. Sehingga malam ini (16 September) jumlah yang telah disumbangkan oleh orang ramai melalui akaun maybanknya ialah sebanyak RM 48,541.02 tidak termasuk sumbangan tunai terus kepadanya.
Sementara itu, Hj Ibrahim Lai Abdullah, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis berkata, pihaknya sangat teruja dengan sumbangan yang diberikan oleh orang ramai kepada Fatimah.
“Jumlah yang di terima oleh Fatimah adalah cukup besar…. dan amat memadai sekali. Inilah pertama kali kes seperti ini disiarkan kepada masyarakat untuk membuat rayuan bantuan”, katanya.
HJ Ibrahim menambah, jika diteliti masih banyak saudara baru dan umat Islam memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai, bukan semasa menjelang Hari Raya Aidil Fitri bahkan pada masa-masa lain”.
Katanya, Insyaallah.. saya dan Pembela akan terus berkerjasama di masa akan membantu saudara baru lain yang dalam kesusahan supaya kehidupan mereka akan lebih terbela”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan